Hujung minggu yang lalu, pemerhati dan peminat sukan bola sepak bertumpu kepada beberapa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang melibatkan beberapa buah negara.
Yang paling mencuri tumpuan sekali pastinya adalah perlawanan yang membabitkan pasukan juara dunia iaitu Perancis.
Tanggal 14 November 2021, Perancis telah melayan kunjungan daripada pasukan Kazakhstan bagi menempah slot ke piala dunia yang bakal berlangsung di Qatar pada tahun 2022.
Seperti diramalkan, Perancis berjaya menundukkan pasukan Kazakhstan dengan kemenangan besar iaitu 8 berbalas 0.
Gol-gol yang dijaringkan oleh Kylian Mbappe, Karim Benzema, Adrien Rabiot, dan Antoine Griezman telah berjaya memastikan Perancis memperolehi kemenangan yang selesa di tempat sendiri.
Namun begitu, pada perlawanan tersebut, terdapat suatu kejadian yang epik telah terjadi.
Seorang penonton yang memakai jersi pasukan Perancis telah meniup wisel pada waktu-waktu kecederaan. Akibat daripada itu, seluruh stadium termasuk pemain yang sedang bermain dalam perlawanan tersebut turut dilihat ‘termakan’ dengan tiupan wisel yang dibunyikan oleh penonton berkenaan.
Dalam video yang tular di media sosial itu, turut kelihatan bahawa jurulatih pasukan Perancis turut kebingungan dan dilihat memberikan isyarat bahawa perlawanan masih belum habis.
Penonton yang membunyikan wisel itu dilihat tertawa sambil seluruh stadium bersorak kerana beranggapan bahawa perlawanan itu telah habis.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 1 juta kali.
Sumber: Meme Mang