Kalau korang masih ingat lagi, ada satu ketika ramai orang bujang yang tertanya kenapa bantuan untuk golongan bujang tidak disebut dalam pembentangan Bajet 2022. Perkara tersebut rancak dibincangkan tidak kiralah secara bersemuka ataupun menerusi dalam talian.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah mencapai kata akhir apabila sebenarnya memang terdapat bantuan yang diperuntukkan buat golongan belia. Berita tersebut juga membuatkan ramai belia berasa lega. Tapi orang bujang jangan terlepas pandang, ada pelbagai bantuan untuk golongan belia yang merangkumi sebahagian besar golongan bujang di Malaysia. Hari ni, SK nak kongsi dengan korang beberapa bantuan belia secara langsung atau tidak langsung dalam Bajet 2022 ini. Janji korang baca sampai habis.
1. Bantuan Keluarga Malaysia
Golongan bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan one-off sebanyak RM350. Untuk isi rumah yang tiada anak, akan menerima bantuan RM1,000. Manakala bagi isi rumah yang ada 1 atau 2 orang anak akan menerima RM1,500. Akhir sekali, isi rumah yang mempunyai 3 anak atau lebih akan menerima bantuan RM2,000.
2. RM150 Untuk e-Dompet Belia
Zaman pandemik ni kan ramai yang suka berbelanja online. Jadi, kerajaan dalam Bajet 2022 meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai dengan bantuan RM150 yang akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-Dompet belia berusia 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. Tapi ingat, kena beli di kedai, bukan online. Bantuan ini akan memanfaatkan 2 juta belia dengan bajet RM300 juta
3. JaminKerja
Dalam keadaan negara menghadapi gelombang pandemik ini, ramai belia yang hilang pekerjaan kerana banyak syarikat menghadapi masalah dan tak kurang juga yang gulung tikar. Jadi dalam Bajet 2022, kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan RM4.8 billion. Antara inisiatif yang disediakan ialah Place & Train untuk graduan lepasan universiti dan Program MyStep yang menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak. Ini merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam GLC.
4. Tablet Untuk Mahasiswa B40
Dalam PerantiSiswa, kerajaan akan memberikan tablet kepada semua mahasiswa dari kategori B40 dan bantuan ini akan memanfaatkan kira-kira 600,000 mahasiswa. Kerajaan menyediakan RM450 juta untuk tujuan ini.
5. Pengecualian Cukai Kereta Penumpang
Kerajaan meneruskan pengecualian cukai jualan 100% ke atas kereta penumpang (CKD) sehingga 30 Jun 2022. Selain itu, pengecualian cukai jualan 50% ke atas kereta penumpang CBU import baharu dan terpakai. Pengecualian cukai ini akan meringankan beban belia untuk memiliki kereta ketika musim pandemik ini.
Terdapat lebih 20 bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia secara langsung atau tidak langsung dan infografik di bawah menunjukkan beberapa bantuan secara terus untuk golongan belia
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Untuk info-info terkini dari MoF korang boleh follow Facebook, Twitter dan Instagram Kementerian Kewangan.