Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di 12 Negeri & 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Sofea
hujan lebat 12 negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Di 12 Negeri & 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia juga dijangka berlaku di negeri Kedah iaitu di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Selain itu, hujan lebat juga akan melanda daerah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

BACA: Monsun Barat Daya Dijangka Bermula 15 Mei – METMalaysia

Beralih ke Pantai Timur, daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan juga terlibat. Diikuti Terengganu yang hanya melibatkan dua daerah iaitu Besut dan Setiu.

Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Pekan dan Rompin juga dijangka dilanda cuaca buruk itu.

Sementara itu, di Selangor pula, ia melibatkan daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Daerah Jelebu di Negeri Sembilan dan Mersing di Johor turut terlibat.

Di Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah) dan Bintulu (Tatau). Manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan.

Dalam kenyataan itu juga, MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya

Sumber: Malaysian Meteorological Department