Siakap Keli
Gambar: TikTok AddieAlfred_

“Siapa Tau, Kunyit Tu Dari Kebun Mama Saya”, Sekilo Hanya RM 2.70, Anak Bangga Mak Gigih Cari Rezeki Untuk Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kunyit ini banyak kegunaannyya dalam masakan. Lagi-lagi mereka yang sukakan masakan gulai masam tempoyak. Sebab nak masak masakan tersebut selalunya menggunakan kunyit hidup untuk naikkan warna kuning tersebut.

Tetapi tak ramai yang tahu kesusahan nak proses kunyit ini. Kebiasaannya bila kita pergi beli kunyit di pasar raya kita selalu cari yang cantik dan elok, namun untuk dapatkan kunyit tersebut tidaklah senang.

Menerusi sebuah perkongsian video TikTok oleh AddieAlfred, dia merakamkan detik dimana ibunya sedang memperoses kunyit.

Menerusi video tersebut ibunya kelihatan sedang mencuci kunyit tersebut dengan membuang kotoran tanah tumbuhan itu. Hal ini supaya, kunyit yang akan dijual kelihatan cantik dan baik.

Di dalam video tersebut, pemilik turut bertanya kepada ibunya harga bagi satu kilo kunyit. “Satu kilo, RM 2.70. Bolehla buat beli barang, beli lauk, sayur,” kata ibunya.

@addie_alfred

lepas ni hargai kunyit yang ada d rumah kamu. Siapa tau itu kunyit dari kebun mama saya🥰 #sabahancrew_fams #sabahantiktokers #fyp #fypシ

♬ original sound – AddieAlfred_ – AddieAlfred_

Warganet juga turut tidak melepaskan peluang untuk memberikan komen semangat dan berkongsi cerita. Ada juga yang meluahkan bahawa mereka rindukan ibu mereka.

Dean Izzudin MY: “Semoga satu hari nanti, kamu dapat menyenangkan keluargamu.”

Kredit: TikTok AddieAlfred_

SUBIBE: “Aunty ni comel la, macam gaya mama.”

Kredit: TikTok AddieAlfred_

amethyst: “Terus rindu mama.”

Kredit: TikTok AddieAlfred_

Sumber: AddieAlfred_

 

Zahirah