Siakap Keli
Sumber: Azhieeda86

(Video) “Korang Nampak Apa?”, Entiti Seram Misteri Dirakam CCTV ‘Berkeliaran’ Ketika Tuan Rumah Balik Kampung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Boleh dikatakan kamera litar tertutup (CCTV) sudah menjadi keperluan baharu yang wajib dipasang di setiap rumah pada hari ini, bertujuan untuk memantau tahap keselamatan yang dirakam dari lensa kamera.

Biasanya kamera ini akan dipasang di tempat yang tinggi, tersorok serta sukar untuk dilihat. Namun sudah tentu lensanya mampu merakam segala apa yang berlaku di kawasan tersebut.

Namun percaya atau tidak, CCTV juga boleh merakam entiti misteri yang tidak diketahui kewujudannya secara tidak sengaja. Pendek kata, video-video misteri yang pernah dirakam CCTV kebanyakannya adalah ‘real’.

Baru-baru ini, warganet pengguna TikTok bernama Azhieeda86 berkongsi rakaman CCTV di rumahnya. Dalam rakaman tersebut, kamera CCTV nya dipercatai terletak di bahagian ruang tamu.

Namun pada satu hari, wanita ini tiada di rumah kerana mendakwa pulang ke kampung untuk berpantang. Jadi sesudah itu dia tergerak hati untuk melihat kembali rakaman CCTV di ruang tamu tersebut.

Agak mengejutkan, rakaman tersebut menunjukkan terdapat pergerakan dipercayai entiti misteri berwarna putih yang dilihat seperti berlegar-legar di sekitar kawasan ruang tamu.

Untuk mengikuti lebih lanjut, sila tonton video yang dikongsikan Azhieeda di bawah ini.

@azhieeda86

terasa nak tengok recording cctv umah aku.pastu 1 hari tu aku nmpk ni😳

♬ original sound – MALINDA

Pendapat netizen

Video ini telah ditonton lebih 43,000 kali tontonan setakat ini. Ia juga meraih pelbagai pendapat yang berbeza daripada netizen mengenai penampakan kelibat misteri tersebut.

Berikut di bawah adalah pendapat-pendapat menarik oleh netizen di ruangan komentar video berkenaan.

“Casper” – fiza

“….warna hitam siap tembus dinding…” – Licik

“…dia suka ganggu remote tv…” – Azlan

“Malaikat penjaga..” – Christina

“…takyahla percaya yang bukan-bukan…” – Said

Anda pula rasa macam mana?

Sumber: TikTok Azhieeda86

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.