Siakap Keli
Kredit: Astro Awani

COVID-19: Austria Kembali Kuat Kuasa “Lockdown”, Wajibkan Vaksin Mulai Februari Depan

Presiden Austria, Alexander Schallenberg telah mengumumkan negara itu akan melaksanakan kembali sekatan pergerakan secara menyeluruh pada hari Jumaat semalam.

Tambahan lagi, vaksin akan diwajibkan bermula Februari tahun hadapan. Ini menjadikan Austria sebagai negara Eropah pertama yang mengenalkan pendekatan berikut.

“Kita tidak mahu gelombang kelima berlaku. Ataupun keenam mahupun ketujuh,” kata Schallenberg.

Bagi mengekang peningkatan jangkitan terbaru, sembilan negara persekutuan Austria bersetuju untuk mengenakan sekatan di seluruh negara mulai Isnin. Mereka bertemu dengan Schallenberg dan Menteri Kesihatan Wolfgang Mückstein di Tyrol di bahagian barat negara itu.

Mulai 13 Disember selewat-lewatnya, penutupan akan berakhir bagi mereka yang divaksinasi terhadap virus atau pulih, kata Schallenberg, sambil menambah bahawa sekatan untuk mereka yang tidak divaksinasi akan kekal.

Rakyat Austria tidak akan dapat meninggalkan rumah mereka kecuali untuk bekerja, pembelian penting seperti makanan dan ubat-ubatan dan untuk bersenam. Sekolah tidak akan ditutup tetapi ibu bapa harus menjaga anak-anak mereka di rumah, jika boleh.

Sebelum ini, Austria telah memperkenalkan penutupan hanya terpakai kepada mereka yang tidak divaksinasi tetapi nampaknya ia tidak mencapai target yang diingini.

Sumber: DW.Com

Zahirah