Siakap Keli
Sumber: TikTok

(Video) Gadis ‘Steady’ Bawa Duit Tabungan 8 Bulan Dalam Beg Plastik Pergi Beli Kawasaki Ninja 250

Wanita, kecantikan dan kecerdikan memang tidak dapat dipisahkan, apatah lagi kalau bijak simpan duit. Umpama sudahlah cantik, rajin menabung pula.

Itulah ungkapan sesuai ditujukan kepada seorang gadis di Indonesia ini yang membeli motosikal idaman menggunakan wang simpanannya sendiri.

Menerusi perkongsian di TikTok BangArik, gadis tersebut datang kepadanya dengan tujuan mahu membeli sebuah motosikal Kawasaki Ninja 250 edisi khas.

Namun menariknya, gadis ini turut bawa bersamanya beg plastik yang berisi sejumlah wang yang banyak, dipercayai duit simpanan yang dikumpulkannya selama ini.

“Udah cantik, rajin menabung ya ngab.

“Ninja 250 special edition sold out. Si embak rajin menabung,” tulis kapsyen video tersebut.

Difahamkan, memetik Otosia.com, ‘longgokan’ wang tunai bernot Rp100,000, Rp50,000 serta bungkusan syiling yang dibawa gadis itu sebenarnya adalah hasil tabungannya selama lapan bulan.

Video tersebut telah ditonton lebih 3.2 juta kali tontonan setakat ini, selain turut meraih pelbagai maklum balas berbeza daripada warganet.

@bangarik02

Udah cantik rajin menabung ya ngab #fyp #fypシ #viral #foryou #ff #lumajang #bts

♬ Em Băng Qua (TikTok Remix) – Lập Nguyên, Orinn

Sumber: Tiktok BangArik

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.