Siakap Keli
Gambar: via Mothership

Wanita Melutut Di Khalayak Ramai, Didakwa Merayu Lelaki Yang Melamarnya Selama 5 Tahun Berhenti Mengejarnya

Seorang wanita didakwa sanggup melutut untuk memastikan ‘peminatnya’ berhenti daripada terus mengejarnya selama lima tahun, lapor Mothership.

Wanita itu dilaporkan melutut di depan khalayak ramai di atas jalan ketika merayu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu turut berada pada posisi yang sama semasa wanita tersebut bertindak sedemikian.

Malah, wanita itu turut ‘menunduk’ ketika berhadapan dengan lelaki itu demi memastikan rayuannya diterima. Laporan mengatakan terdapat jambangan bunga yang berada bersebelahan mereka selepas wanita itu mencampak bunga tersebut kembali kepada lelaki itu.

ET Today melalui Mothership turut melaporkan seorang saksi mendakwa lelaki itu telah mengejar wanita tersebut selama lima tahun dan sehingga kini masih mencintai wanita yang sama.

Wanita itu telah berkali-kali menolak lamaran lelaki itu tetapi dia tetap bersikap tak endah dan terus mengejar wanita tersebut.

Yahoo Taiwan News melalui Mothership juga melaporkan wanita itu pada akhirnya tidak dapat menerima lelaki tersebut dan merayu agar lelaki itu berputus asa.

“Tolong lepaskan saya” jerit wanita itu, lapor Yahoo Taiwan News melalui Mothership.

Gambar: via Mothership
Gambar: via Mothership

Sumber: Mothership

" "