Barang tiruan sudah pastilah harganya lagi murah dan mampu milik. Namun, barangan tersebut tetap salah di sisi undang-undang.
Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat undang-undang melibatkan hak cipta dan paten. Oleh itu, menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat individu yang cuba untuk meniru sesuatu barangan tersebut.
Oleh itu, akaun Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada berkongsikan ciapan berkenaan kenali barangan tiruan.
Menerusi perkongsian itu dapat dilihat terdapat empat cara mudah untuk kita kenali sesuatu barangan tiruan itu.
- Menerusi Ejaan
Jika barang itu melibatkan nama mahupun logo, kita perlu memastikan bentuk logo dan ejaan sesuatu jenama tersebut adalah betul dan sama dengan logo asli yang kita kenali.
Sekiranya ejaan jenama tersebut adalah salah bermakna barang itu merupakan barangan tiruan. - Cara Pembungkusan
Cara pembungkusan juga memainkan peranan penting. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembungkusan barangan asli sepatutnya kemas dan menarik. Segala barangan yang mempunyai pembungkusan yang tidak menarik dan eksklusif menunjukkan barang tersebut adalah barang tiruan. - Kualiti
Pembuatan barang tiruan kebiasaannya menggunakan bahan yang murah dan berkualiti rendah. Oleh itu hasil barang tiruan selalunya tidak begitu kemas. - Perbandingan Harga
Barang tiruan harganya selalu lebih murah daripada jenama asli. Hal ini kerana, barang tiruan tidak menggunakan bahan yang mahal berikutan ingin menghasilkan barang yang jauh lebih murah supaya dapat menarik perhatian pembeli.
JOM KENALI BARANG TIRUAN!#KPDNHEP pic.twitter.com/zj4Dpba2zE
— KPDNHEP (@kpdnhep) November 23, 2021
Sumber: KPDNHEP