Siakap Keli
Gambar: FB IPD PD

Tular Aksi Marshal Hentikan Kenderaan: Dua Lelaki Ditahan, Kawasaki GTR 1400 & Z800 Antara Dirampas

Sejak beberapa hari lalu, tular satu video yang memaparkan aksi marshal membuat kawalan dan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Sua Betong Daerah Port Dickson.

Ekoran itu, dua lelaki India yang terlibat dalam rakaman tersebut telahditahan polis tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua tangkapan dilakukan di jalan kawasan Port Dickson dan Springhill Lukut.

“Dua lelaki berkenaan masing-masing berumur 26 dan 27 tahun dan masih bujang bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

“Turut dirampas adalah dua buah motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan dan semasa rakaman dibuat,” maklumnya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi siasatan lanjut.

Manakala usaha mengesan empat lagi individu yang bertindak sebagai ‘marshal’ masih lagi dijalankan.

Sumber: Polis Daerah Port Dickson

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'