Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kanan): via Oddity Central/ Gambar: via Oddity Central

Lelaki Didakwa Lompat Ke Hadapan Kereta Api Sedang Laju Untuk Tuntut Insuran, Kedua-dua Kaki Terpaksa Dipotong

Seorang lelaki Hungary melompat ke hadapan kereta api dan telah menyebabkan kehilangan kedua-dua belah kakinya didakwa kerana ingin menuntut insurans bernilai lebih $3.2 juta (RM13,465,600), memetik laporan daripada Oddity Central.

Lelaki yang berusia 54 tahun itu telah kehilangan kedua-dua belah kakinya pada kejadian ngeri yang berlaku pada tahun 2014.

Dalam kejadian itu, dia mendakwa bahawa pada hari malang tersebut, dia berjalan berhampiran landasan kereta api dan terpijak serpihan kaca sehingga hilang imbangan dan terjatuh ke hadapan kereta api yang sedang laju.

Berikutan kejadian ngeri itu, lelaki tersebut mengalami kecederaan yang sangat teruk dan memerlukan beliau untuk memotong kedua-dua kakinya.

Menurut laporan, lelaki itu menghabiskan masa berbulan-bulan berada di hospital sebelum beliau mendapatkan kaki palsu.

Walau bagaimanapun, syarikat insuran berjaya membuktikan bahawa lelaki tersebut sengaja menyeksa diri dengan kejadian ngeri itu bagi memperoleh insurans sebagai ganti rugi.

Bukti-bukti itu telah dikumpul selepas lebih 7 tahun siasatan dilakukan oleh syarikat insuran itu terhadap lelaki tersebut.

Pihak berkuasa Hungary mula mengesyaki kes ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila disiasat tertuduh mempunyai sejarah pernah mengambil lebih 14 polisi insurans yang berisiko tinggi pada tahun dia mengalami kejadian ngeri itu.

Tertuduh bagaimanapun mendakwa bahawa dia mengambil kesemua insurans tersebut selepas mendapat nasihat kewangan yang memberitahu bahawa pulangan bagi pelaburan dalam polisi insurans adalah lebih tinggi berbanding akaun simpanan.

Tetapi pihak mahkamah di Hungary memutuskan bahawa tertuduh memang sengaja memasuki kawasan landasan kereta api dengan niat agar kedua-dua kakinya akan digilis.

Isteri lelaki tersebut membuat tuntutan insurans sejurus selepas kemalangannya itu. Namun syarikat penyedia insuran enggan membayar pampasan kerana mengesyaki kemalangan itu adalah disengajakan.

Siasatan mengenai kes itu dikatakan semakin rumit dan mengambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi apabila konduktor kereta api mula menukar kenyataan dan mendakwa tertuduh sengaja melompat ke hadapan kereta api.

Walhal sebelumnya konduktor kereta api itu mengaku yang tertuduh terjatuh di hadapan kereta api tersebut.

Menurut laporan, tertuduh memberitahu wartawan bahawa akibat daripada kejadian itu beliau tidak dapat terus bekerja dalam sektor tenaga dan haba. Tertuduh turut muflis akibat kes undang-undang yang dikenakan ke atas beliau.

Kes itu kemudiannya berakhir dengan tertuduh dijatuhi hukuman penjara tertangguh selama dua tahun. Tertuduh turut dikenakan bayaran kos guaman sebanyak $6,300 (RM26,510)

Sumber: Oddity Central

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.