Siakap Keli

Rasa Kebas Dan Kesemutan Di Anggota Badan, Perkara Biasa Atau Tanda Sakit, Ni Cara Mudah Untuk Legakan2K Tu

Korang perasan tak, kadang-kadang korang mesti akan rasa macam kebas-kebas dan kesemutan secara tiba-tiba kan kat anggota badan. Haaa, korang tau ke tak sebenarnya kenapa rasa tu datang, Bukan saja-saja tau. Maksudnya ada something wrong la tu kat badan korang. Sebelum jadi lagi teruk, baik korang selidik punca rasa tu datang. Untuk dapat info mudah tentang simptom-simptom, korang sebenarnya sangat lah digalakkan untuk tengok FB Live yang Bella Dally buat sempena Hari Diabetes Sedunia. Baru lah kesedaran korang tentang diabetes dapat ditingkatkan.

FB Live Bella Dally ni berlangsung pada 14 November 2021 dan dalam FB Live tu jugak, Bella Dally sendiri yang berkongsi beberapa petua penting tentang bagaimana caranya untuk kita nak menjalani gaya hidup sihat setiap hari. Selain tu, beliau juga berkongsi beberapa jenis senaman dan regangan mudah sesuai untuk semua peringkat umur yang semestinya boleh membantu korang semua melegakan rasa kebas dan juga kesemutan pada saraf korang.

FB Live Bella Dally ni secara keseluruhannya akan bercakap mengenai 2K. Untuk korang yang masih tak tahu lagi, terma 2K ni sebenarnya adalah sejenis singkatan kepada (Kebas) dan (Kesemutan) yang biasanya sering dialami oleh warga emas, atau amnya oleh penghidap diabetes. 2K ni bukan tanda-tanda diabetes biasa tapi selalunya disebabkan oleh suatu masalah saraf yang dikenali sebagai ‘neuropati periferal’. Untuk pengetahuan umum, biasanya pesakit akan selalu mendapat serangan 2K ni pada tangan dan juga kaki. Berdasarkan info yang didapati daripada laman web hellodoktor, hampir separuh daripada populasi pesakit diabetes di Malaysia mengalami masalah saraf yang dikenali sebagai ‘neuropati periferal’ ni.

Selain itu, Bella Dally juga dah berkolaborasi bersama P&G Malaysia dengan bertemakan #Legakan2K. Sebab tu lah Bella Dally dah tahu dan juga memberitahu sendiri dalam FB Live beliau yang biasanya pesakit diabetes dengan masalah saraf iaitu ‘neuropati periferal’ selalunya sesuai dan juga sangat disarankan untuk mengambil supplemen. Malah Bella Dally juga dah biasa mengambil supplemen kombinasi Vitamin B sebagai supplemen tambahan di samping mengamalkan diet yang sihat untuk meningkatkan tahap Vitamin B dalam badan. Supplemen ni sebenarnya memang sesuai untuk orang dewasa, pesakit kencing manis dan juga warga emas makan. Banyak sangat khasiat yang boleh korang dapat.

Menerusi kajian yang dibuat mengenai ‘neuropati peroferal’ dalam portal NCBI, kelaziman terjadinya masalah saraf bernama ‘neuropati periferal’ ni dah dianggarkan antara 6% dan juga 51% hanya dalam kalangan orang dewasa yang menghidap diabetes tetapi semuanya masih bergantung pada umur, tempoh diabetes, kawalan glukosa dan juga diabetes jenis 1 berbanding diabetes jenis 2. So, jangan terkejut tau. Manifestasi klinikal adalah berubah-ubah, dari asimtomatik hingga kepada gejala neuropatik yang menyakitkan.

Dalam FB Live Bella Dally, beliau juga sempat berkongsi fakta ringkas yang mengatakan bahawa supplemen ni telah menggabungkan Vitamin B neurotropik (B1, B6 & B12) yang diuji secara klinikal can juga terbukti membantu untuk mencegah kerosakan saraf dan menjana semula saraf, mengelakkan rasa kesemutan dan kebas. Bella Dally juga ada syorkan untuk korang ikut halaman Facebook supplemen tersebut supaya korang boleh mengetahui info lebih lanjut.

Selain semua info penting tentang masalah saraf iaitu ‘neuropati periferal’ tu, Bella Dally juga akan melakukan sesi senaman ringkas yang semestinya boleh dilakukan oleh semua orang. Senama ringkas ni sangat membantu mereka yang selalu sangat rasa 2K ni ya. Sangat tak rugi kalau korang betul-betul ikut senaman yang Bella Dally tunjuk tu tau. Selepas itu jugak, Bella Dally akan kongsi resipi yang mudah dan sihat untuk korang. Sedap dan juga berkhasiat.

Korang kena tau yang sebenarnya pesakit diabetes ada risiko kekurangan vitamin B yang tinggi. Jadi, Bella Dally akan kongsikan resepi mudah yang boleh korang sediakan dan ambil sebagai penambah tenaga selepas korang bersenam. Bella Dally juga akan selalunya buat makanan untuk diri sendiri dan juga suami sebelum dan selepas bersenam ikut resipi mudah ni.

Hal ini kerana, ada juga satu resipi mudah dan lazat yang beliau kongsikan tu semuanya mengandungi vitamin B yang sangat tinggi seperti B1, B6 dan B12. Baru dapat membantu semua pesakit diabetes.

So, korang luangkan la masa untuk tengok FB Live Bella Dally tu nanti tau sebab sememangnya dapat banyak sangat membantu korang yang selalu rasa 2K kat tangan dan kaki korang tu. Alang-alang tu, korang juga boleh tingkatkan kesedaran tentang penyakit diabetes sempena Hari Diabetes Sedunia. Untuk yang nak tengok FB Live Bella tentang legakan 2K, iaitu kebas dan kesemutan, klik link ni.



Nor Fakhry