Siakap Keli
Gambar Via New York Post/Money inc

Ada Yang Cecah Lebih RM1k Sekilo, Ini Lima Jenis Sayur Antara Yang Paling Mahal Dijual Di Dunia

Sayur-sayuran merupakan makanan yang penuh khasiat dan mempunyai sumber nutrien yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Ia juga menjadi ‘ejen’ penting untuk melawan penuaan.

Malah, Kementerian Kesihatan juga telah meletakkan sayur-sayuran bersama buah-buahan pada dasar Piramid Makanan Malaysia 2020. Hal ini bermakna, ia perlulah diambil dalam jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan yang lain.

Bagaimanapun, tidak semua orang gemar memakan sayur kerana makanan itu mungkin tidak mempunyai rasa atau pahit. Tambahan pula, ada sesetengah sayur yang dijual dengan harga yang sangat tinggi sehingga membuatkan orang ramai tidak mahu membelinya.

Menyentuh soal harga sayur-sayuran, pernah tak korang tertanya-tanya mengenai sayur yang termahal di dunia? Menurut Times of India, faktor yang menyebabkan harga sayur meningkat mungkin disebabkan oleh pengeluaran dan penuaiannya yang melibatkan banyak usaha manusia.

Berikut merupakan lima jenis sayur yang ‘diiktiraf’ antara yang paling mahal di dunia.

1. Pucuk hop- RM1,800 sekilogram

Gambar Via Forager Chef

Bagi yang tidak tahu, pucuk hop ialah bahagian tumbuhan hop yang tidak digunakan dalam pembuatan bir. Ia mempunyai nama yang berbeza tetapi harganya dilaporkan tidak akan berubah.

Difahamkan, orang ramai di seluruh dunia tidak sanggup untuk membeli sayur yang mahal itu kerana tidak tahu untuk memasaknya. Kebiasaannya, pucuk hop digunakan untuk tujuan penapaian dan rasanya hampir sama seperti kangkung dan kekacang.

Harganya yang mahal disebabkan oleh proses penuaian yang rumit iaitu ia perlu dipetik dengan tangan.

Ia juga sukar untuk dipetik kerana tidak tumbuh dalam barisan dan pucuknya sangat kecil.

2. La Bonnotte Potatoes- RM1,352 sekilogram

Gambar Via Puloh

Nampak seperti kentang yang biasa saja tetapi harganya adalah paling mahal di antara kentang lain yang pernah korang tengok. Sebabnya? Ia dikatakan hanya ditanam di sebuah pulau di luar pantai barat Perancis-Noirmoutier.

Disebabkan terlalu sukar untuk didapati, hanya 100 tan saja yang dapat dihasilkan setiap tahun.

Tidak cuma itu, setiap kentang juga perlu dipetik sendiri dan dibaja dengan menggunakan alga dan rumpai laut. Ia membuatkan keadaan tanah di situ berbeza dan lebih berkualiti.

Ia juga hanya dihidangkan di restoran eksklusif di Perancis.

3. Akar wasabi- RM308 sekilogram

Gambar Via Territorial Seed Company

Wasabi kebiasaannya akan diproses dan dimakan bersama sushi. Ia menjadi hidangan kegemaran bagi penggemar makanan Jepun.

Pun begitu, wasabi yang diparut terus dari akarnya mempunyai nilai yang lebih tinggi sehingga dijual dengan harga RM308 sekilogram.

Ia boleh didapati terus dari Jepun atau dari ladang yang terdapat di Eropah. Menariknya, banyak wasabi akan keluar jika hanya menggunakan satu akar sahaja.

4. Bayam Yamashita- RM54.94 sekilogram

Gambar Via Money Inc

Mula ditanam oleh Asafumi Yamashita, bayam ini hanya dijual kepada tujuh orang pelanggan sahaja dan mereka semua adalah chef berbintang Michelin.

Gambar Via New York Times

Difahamkan, bayam Yamashita ini mengambil masa bertahun-tahun untuk tumbuh dengan sempurna dan perlu dijaga dengan rapi. Disebabkan itulah ia dijual pada harga yang sangat tinggi.

5. Salad merah jambu- RM42.26

Gamabr Via New York Post

Berbeza dari salad hijau yang biasa dijual di pasar raya, salad merah jambu ini mempunyai rasa yang lebih pahit. Harganya semakin tinggi apabila ia mula tular di media sosial sejak beberapa tahun yang lalu.

Walaupun warnanya dilihat sangat ganjil namun ia selamat untuk dimakan dan sememangnya terhasil secara semulajadi.

Sumber: Moneyinc, Timesofindia

" "