Siakap Keli
Gambar via @hanifmz

Jangan Terus Buang, Lelaki Ini Kongsi 5 Kegunaan Hampas Kopi Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kopi merupakan cicipan yang sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Baik sarapan mahupun minum petang, kopi menjadi minuman utama yang akan terhidang di atas meja bersama kudap-kudapan lain.

Selain rasanya yang sedap, kopi juga mempunyai pelbagai manfaat jika diambil secara terkawal. Malah hampas kopi yang dah tak boleh minum tu pun ada banyak kegunaan. Tetapi kebiasaannya, lepas korang buat kopi, hampas tu mesti akan terus dibuang kan?

Kalau korang nak tahu, sebenarnya macam-macam yang korang boleh buat hanya dengan menggunakan hampas kopi. Terpanggil untuk berkongsi life hacks menggunakan hampas kopi, lelaki ini melalui sebuah thread di laman Twitter miliknya menyenaraikan lima kegunaan hampas kopi yang mungkin ramai tak tahu. Ikuti perkongsian @hanifmz di bawah ini.

“Jangan buang terus..”

Hampas kopi. Kalau korang minum kopi setiap hari dekat rumah, hampas kopi ni jangan buang terus dalam tong sampah. Banyak kegunaan dia. Jadi, biar aku senaraikan beberapa cara yang korang boleh guna.

1. Baja pokok

Hampas kopi mempunyai nutrisi seperti kalsium, nitrogen, magnesium dan kromium. Jadi ia sangat sesuai untuk tanaman pokok. Taburkan atas tanah berdekatan pokok. Tapi ingat, sifat kopi adalah berasid, jangan tabur terlalu banyak.

Guna kulit telur untuk neutralkan balik.

Gambar via @hanifmz

2. Bilik atau ruang dalam rumah berbau

Kadang-kadang walaupun dah bersihkan rumah, mop lantai, vacuum semua, ruang rumah tetap ada bau tak sedap.

Caranya mudah, ambil hampas kopi yang kering, letak dalam bekas terbuka, letak ditengah-tengah ruang bilik.

Bilik korang akan bau harum!

3. Sinki bau busuk

Selalu bila lepas basuh pinggan mangkuk, ada bau kurang sedap kan? Hampas kopi ni boleh bantu.

Taburkan hampas kopi ni atas semua permukaan singki dan table top. Guna kain lembab gosok dengan perlahan, berus untuk sinki.

Bilas semula dengan kain lembab yang bersih.

Gambar via @hanifmz

4. Peti ais berbau

Selalu lepas bebeapa minggu atau bulan, peti ais kita bau busuk kan? Mungkin sebab bakteria banyak dan makanan lama terbiar.

Caranya, buang semua makanan tamat tempoh, bersihkan peti ais, letak hampas kopi dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti ais.

5. Kereta

Satu lagi lupa sebut. Kalau musim hujan, kereta selalu bau kepam atau masam. Lepas cuci dan vacuum kereta korang, isi hampas kopi dalam cawan, letak dekat cup holder tengah-tengah kereta.

Bau harum semerbak kereta korang! Tapi pastikan hampas tu kering.

Gambar via @hanifmz

Oh ya, kalau korang pergi mana-mana café, cubalah minta hampas kopi dekat diorang. Kebanyakan café bagi percuma. Bawa siap-siap bekas kosong.

Bagi para pencinta kopi di luar sana, daripada korang penuhkan tong sampah dengan hampas kopi, apa kata korang buat life hacks ni kat rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Twitter @hanifmz

Eyla Azri