Seekor jerung dilaporkan kehilangan separuh badannya tetapi masih lagi ‘berdaya’ untuk mempertahankan diri sebelum mati akibat daripada serangan kanibal yang berlaku, memetik laporan Daily Star.
“Jerung itu bergelut selama kira-kira 20 minit sebelum akhirnya mati akibat kecederaan yang ada pada badan jerung itu.” kata Dr. Lebtrato, seorang penyelidik.
“Jerung makan jerung itu memang perkara biasa, tetapi susah untuk difilemkan dan didokumentasikan.” katanya lagi.

Menurut laporan, Dr. Mario Lebrato melepaskan sekumpulan jerung hitam ke dalam lautan di luar pantai Sepanyol, dia terperanjat ketika melihat perkara yang sangat jarang berlaku sekitar dua meter di bawah permukaan air.
Walau bagaimanapun, semasa dia dan kumpulannya melepaskan jerung itu, ikan-ikan itu telah diserang dengan kumpulan pemangsa yang berbeza. Sekumpulan jerung yang lain itu menyerang jerung hitam tanpa henti.
Turut dilaporkan, jerung yang menyerang itu termasuk jenis ‘jerung lembu’ yang mempunyai berat lingkungan 300 hingga 400 kilogram.

Walaupun diserang tanpa henti, seekor jerung yang sudah kehilangan hampir separuh badannya ini terus berjuang untuk mempertahankan diri dan menyelamatkan nyawanya.
Hampir-hampir 20 minit jerung itu bertahan sebelum ianya mati akibat kecederaan pada badannya itu.

Sumber: Daily Star