Rupanya Ini Sebab Kenapa Tayar Ambulans KKM Ada Tyron
Seperti umum ketahui, ambulans ialah kenderaan kecemasan yang digunakan untuk membawa pesakit, mangsa kemalangan atau individu yang memerlukan rawatan segera ke hospital.
Ia direka khas supaya stabil, selamat dan pantas, kerana setiap minit sangat penting dalam situasi kecemasan.
Malah ia juga dilengkapi siren amaran dan peralatan perubatan kepada pesakit sebelum tiba ke hospital.
Tapi tahu tak, tayar ambulans tidak seperti tayar kenderaan biasa, kerana ia dilengkapi dengan ‘Tyron’.
Ha tentu ramai yang dah tertanya-tanya bukan mengenai apa maksud Tyron ini.
Sehubungan itu, SK hari ini ingin kongsikan fungsi yang ramai tak tahu mengenai Tyron pada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah.
Apa Itu Tyron?
Tyron bukannya jenama tayar, tetapi ia adalah satu gelung keluli (metal band) yang dipasang di dalam rim tayar kenderaan. Ia direka khas untuk mengisi ruang “lembah” (well) pada rim?
Apa Jadi Jika Tayar Pecah?
Tanpa Tyron, apabila tayar pecah dalam kelajuan tinggi, tayar yang kempis akan terlepas dari rim dan masuk ke dalam “lembah” rim tersebut.
Ini menyebabkan besi rim bergesel terus dengan jalan raya, mengakibatkan pemandu hilang kawalan stereng, kenderaan terbabas, atau terbalik.
Dengan adanya Tyron, walaupun tayar pecah atau pancit sepenuhnya, Tyron akan memegang tayar tersebut supaya kekal pada rim.
Ia memberikan pemandu keupayaan stereng (steering control) dan brek yang stabil walaupun dalam keadaan tayar tanpa angin.
Golden Time Untuk Keselamatan
Tyron membolehkan pemandu ambulans meneruskan pemanduan sejauh beberapa kilometer (bergantung kepada keadaan) ke tempat yang selamat untuk berhenti.
Ia mampu mengelak kemalangan ngeri, menghalang ambulans daripada terbalik secara tiba-tiba di tengah lebuh raya yang sesak.
Malah ia juga memastikan pesakit di belakang tidak mengalami trauma tambahan akibat kemalangan ambulans.
Kenapa Ia Penting Untuk KKM?
Ambulans adalah kenderaan berat yang membawa peralatan perubatan sensitif, tong oksigen, dan nyawa manusia.
Kestabilan meruapakan satu keutamaan. Teknologi Tyron ini adalah pelaburan keselamatan demi memastikan kami sampai ke destinasi dengan selamat.
Sumber: Fb Penolong Pegawai Perubatan