Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Rangkaian 3G Tamat Akhir Tahun Ini, SKMM Gesa Pengguna Segera Beralih Ke 4G

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) memaklumkan bahawa rangkaian 3G di negara ini akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2021.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Facebook SKMM, pengguna telefon bimbit atau peranti 3G diingatkan untuk beralih ke rangkaian 4G dengan segera.

“Pengguna yang masih memiliki kad SIM yang hanya menyokong rangkaian 3G disaran segera menghubungi penyedia perkhidmatan terdekat untuk menaik taraf ke 4G bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” kata SKMM.

Tambah kenyataan itu lagi, penamatan rangkaian 3G merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan liputan jalur lebar yang lebih menyeluruh dan berkualiti tinggi di bawah inisiatif Infrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pendekatan itu bertujuan untuk mengguna semula spektrum yang sedia ada bagi mengukuhkan rangkaian 4G serta membolehkan penyedia rangkaian mudah alih meningkatkan ketersambungan digital dan memberikan pengalaman 4G yang lebih baik dan menarik kepada pelanggan dan isi rumah.

Dalam pada itu, sebanyak 94.03 peratus kawasan berpenduduk mempunyai akses 4G dengan perkhidmatan jalur lebar mudah alih pada kelajuan 31.34 megabit sesaat yang direkodkan setakat 30 September 2021.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.