Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit Gambar: Bernama
JPJ Perlu Beralih Kepada Pendekatan Baharu Sekatan Jalan Raya - Loke

BERNAMA

JPJ Perlu Beralih Kepada Pendekatan Baharu Sekatan Jalan Raya - Loke

PUTRAJAYA, (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu beralih kepada pendekatan baharu dalam pelaksanaan sekatan jalan raya bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kaedah sekatan jalan raya secara fizikal atau roadblock yang dilaksanakan ketika ini sering menyebabkan kesesakan lalu lintas, khususnya apabila lorong jalan dikecilkan kepada satu atau dua lorong, sekali gus menyebabkan gangguan trafik dan masa menunggu yang panjang.

Loke berkata satu paradigma baharu yang boleh dilaksanakan adalah berteraskan pengintegrasian data serta penggunaan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), yang membolehkan pemeriksaan kenderaan dijalankan tanpa perlu memberhentikan kenderaan di jalan raya.

“Saya tak nak tengok JPJ buat sekatan jalan selepas orang masuk tol. Enam lorong jadi satu lorong, orang marah, ini pendekatan lama. Jadi JPJ juga kena ada perubahan. Kita menggunakan cara yang pintar.

“Dengan teknologi yang ada hari ini, kita integrasikan sistem ANPR (yang dikendalikan) PLUS (Lebuhraya Utara-Selatan) dengan sistem kita JPJ My Sikap,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Sistem ANPR adalah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan melalui kamera dan membolehkan bayaran tol dibuat secara digital tanpa tunai, selain menyediakan paparan e-invois, semakan transaksi dan pelbagai perkhidmatan mobiliti lain melalui satu platform digital bersepadu.

Loke berkata integrasi tersebut bukan sahaja memudahkan proses kutipan tol, malah membolehkan pihak berkuasa mengesan status cukai jalan, perlindungan insurans serta mengenal pasti kenderaan curi atau tidak berdaftar secara automatik.

“Melalui perkongsian data antara agensi, kita dapat memastikan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan berkesan, tanpa perlu melaksanakan sekatan jalan raya secara fizikal,” katanya.

Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan konsep pendekatan menyeluruh yang menekankan kerjasama merentas kementerian dan agensi, selain usaha memecahkan silo operasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Pada sidang media kemudian, Loke berkata cadangan untuk mengehadkan kemasukan motosikal ke lebuh raya perlu dibincangkan secara praktikal dan teliti bagi menilai keberkesanan serta kesan terhadap pengguna lain sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Ada macam-macam cadangan yang dikemukakan termasuk daripada pengendali lebuh raya PLUS, tetapi sama ada ia praktikal atau tidak, itu yang perlu dilihat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan supaya pergerakan motosikal di lebuh raya dihadkan mengikut masa atau kapasiti tertentu terutamanya di waktu puncak susulan kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal yang meningkat dengan ketara sejak tiga tahun kebelakangan ini.