Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Lagi Slip "Road Tax" Bercetak Mulai 1 Feb

SLIP ROAD TAX
Kredit Gambar: Bernama

Tiada Lagi Slip “Road Tax” Bercetak Mulai 1 Feb

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan mengeluarkan slip cukai jalan fizikal mulai 1 Februari 2026.

Pengumuman itu telah dikongsikan Pos Malaysia Berhad dalam satu kiriman di Facebook.

“Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip cukai jalan bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

“Sekiranya anda memerlukan slip fizikal, perbaharui road tax dan insuran motor anda di pejabat pos berdekatan sekarang sebelum 1 Februari,” katanya.

Kredit: Pos Malaysia Berhad

Untuk pengetahuan, anda boleh melihat slip cukai jalan anda secara digital menerusi aplikasi MyJPJ.

Buka pada bahagian profil, tekan pada kenderaan dan cukai jalan dipaparkan.