Utama

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Kad Fizikal Lesen Memandu Malaysia (LMM) Boleh Dimohon Tanpa Kemuka Bukti Keluar Negara - MOT
PUTRAJAYA -- Cetakan kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan dibenarkan tanpa keperluan menunjukkan sebarang bukti keluar negara dengan kadar fi cetakan RM20 untuk warganegara Malaysia dan RM100 untuk bukan warganegara Malaysia.
Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT), permohonan kad berkenaan bermula 23 Januari 2026, esok.
Inisiatif ini dibuat sebagai langkah mengurangkan karenah birokrasi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah agar tidak lagi meminta bukti keluar negara.
"Sejak MOT memperkenalkan dasar Lesen Memandu Malaysia (LMM) digital pada Februari 2023, jumlah pengguna Aplikasi MyJPJ telah mencecah 13 juta setakat ini, mencerminkan penerimaan yang meluas oleh orang ramai terhadap inisiatif pendigitalan ini.
"Trend ini adalah amat menggalakkan dan menanda pengguna telah mula menyesuaikan diri kepada konsep digital sebagai pilihan yang lebih mudah, di mana LMM boleh diperbaharui secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ dan dikeluarkan Lesen Memandu Digital tanpa perlu ke Pejabat JPJ.
"MOT juga sentiasa mengumpul maklum balas agar penambahbaikan berterusan boleh dilaksanakan. Antara maklum balas yang diterima adalah permintaan kad fizikal LMM oleh sesetengah rakyat Malaysia yang mahu melancong dan memandu di luar negara.
"Berdasarkan peraturan sedia ada, pemandu boleh memohon kad fizikal LMM dengan menunjukkan bukti keluar negara seperti tiket penerbangan.
"Sebagai langkah mengurangkan karenah birokrasi, JPJ telah diarahkan agar tidak lagi meminta bukti keluar negara. Bermula 23 Januari 2026, cetakan kad fizikal LMM akan dibenarkan tanpa keperluan menunjukkan sebarang bukti keluar negara dengan kadar fi cetakan RM20 untuk warganegara Malaysia dan RM100 untuk bukan warganegara Malaysia," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai mempunyai pilihan untuk memohon cetakan kad fizikal LMM di semua kaunter JPJ dan UTC seluruh negara, secara terbuka dan tidak terhad kepada kategori yang ditetapkan pada sebelum ini
Jelas MoT, dasar sedia ada yang menawarkan pilihan kepada kumpulan sasar untuk mendapat LMM fizikal secara percuma adalah dikekalkan.
Antaranya Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas; Pemegang Lesen Kelas Al dan A; dan Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Pemandu yang memilih kad digital LLM akan terus dapat mengakses kad memandu digital secara percuma yang boleh diperbaharui melalui aplikasi MyJPJ tanpa perlu ke mana-mana pejabat.
"MOT dan JPJ komited untuk terus menambah baik perkhidmatan kepada rakyat. Orang ramai adalah diseru untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Lesen Memandu Digital melalui aplikasi MyJPJ demi pengalaman yang lebih mudah, pantas dan lancar," maklum kenyataan itu.