Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Laluan Pendakian, Aktiviti Rekreasi Di HSK Perak Ditutup Mulai 2 November

Laluan Pendakian
Kredit: Bernama

IPOH, 18 Okt (Bernama) -- Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di seluruh negeri Perak ditutup kepada orang awam bermula 2 Nov ini hingga 17 Jan tahun depan ekoran musim tengkujuh.

Pengarah Perhutanan Perak Datuk Mohd Basri Abdul Manaf berkata arahan itu turut mengambil kira penilaian risiko semasa dan Laporan Tinjauan Cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi seperti meredah hutan, pacuan empat roda, kenderaan bermotor dan berbasikal dalam HSK Perak adalah tidak dibenarkan dan ditutup.

“Arahan penutupan ini turut diedarkan ke semua pejabat hutan daerah, pejabat renjer, balai polis, pejabat penghulu, serta agensi-agensi berkaitan untuk makluman dan rujukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan melalui laman sesawang Jabatan Perhutanan Perak.

Beliau berkata bagaimanapun arahan itu dikecualikan bagi Program Konservasi Trek Pendakian di dalam HSK anjuran jabatan berkenaan melibatkan daerah Kuala Kangsar, Larut, Matang, Kinta, Manjung dan Perak Selatan bermula 21 Nov hingga 26 Dis ini.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi HSK Perak ditutup mulai 2 November.
  • Penutupan hingga 17 Januari tahun depan dibuat susulan musim tengkujuh dan penilaian risiko.
  • Program Konservasi Trek Pendakian anjuran jabatan dikecualikan di beberapa daerah terlibat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan