Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Turun Lagi Mulai Esok

harga ron97
Kredit: Bernama

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun sebanyak 30 sen seliter, manakala harga diesel tanpa subsidi pula turun sebanyak 10 sen seliter bagi bagi tempoh 22 hingga 28 Oktober 2026.

Iklan

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), harga baharu RON97 ditetapkan pada RM4.80 seliter berbanding RM5.10 sebelum ini, manakala RON95 tanpa subsidi turun kepada RM4.32 seliter daripada RM4.62 seliter.

Harga diesel tanpa subsidi pula turun daripada RM5.17 kepada RM5.07 seliter.

Penurunan harga itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut MOF, walaupun harga minyak mentah Brent kekal melebihi AS$100 setong, harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau mula menyederhana dalam tempoh pengiraan APM.

“Penyusutan harga ini didorong oleh jangkaan peningkatan bekalan dari China, disokong oleh pengeluaran berterusan dari negara Asia lain.

“Paras harga minyak mentah yang kekal tinggi mencerminkan risiko gangguan bekalan susulan konflik geopolitik yang berterusan. Dalam jangkaan sederhana, harga petroleum dunia dijangka terus tidak menentu.

“Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini.

“Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, kerajaan dijangka membelanjakan RM40 bilion bagi subsidi bahan api pada tahun hadapan,” ujar MOF.

Tambahnya, langkah itu bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi serta menjamin kelangsungan mata pencarian rakyat.

Intipati
  • RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun 30 sen seliter mulai esok.
  • Diesel tanpa subsidi turun 10 sen, daripada RM5.17 kepada RM5.07 seliter.
  • MOF berkata harga baharu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism bagi tempoh seminggu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan