Siakap Keli
Gambar: Brain Light/Alamy via The Guardian

Saintis Beri Amaran, Muncul Varian COVID-19 Baharu Dengan Mutasi Lebih Tinggi

Saintis telah mengenal pasti sejenis varian COVID-19 baharu yang dilapor mempunyai kadar mutasi yang lebih tinggi dan ekstrim, lapor The Guardian baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, varian itu, B.1.1.529 memiliiki 32 protein spike, iaitu sejenis bahan yang digunakan dalam vaksin sebagai sistem imunisasi melawan COVID-19.

Walaupun hanya 10 kes di tiga negara telah disahkan setakat ini, namun ia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan sesetengah penyelidik kerana mutasinya boleh menghalang imunisasi.

Difahamkan, varian tersebut dikesan buat pertama kali di Botswana pada 11 November lalu melibatkan tiga kes, sementara enam kes lagi disahkan di Afrika Selatan tiga hari kemudian.

Manakala satu kes pula dikesan di Hong Kong melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang baru pulang dari Afrika Selatan.

Dikatakan lelaki tersebut terlebih dahulu menjalani ujian saringan PCR dan keputusannya negatif sebelum terbang dari Hong Kong ke Afrika Selatan untuk tinggal di sana bermula 22 Oktober hingga 11 November.

Bagaimanapun ketika pulang ke Hong Kong pada 13 November, hasil ujian saringan yang dibuat ketika dia dikuarantin menunjukkannya positif.

Ahli virulogi di Kolej Imperial London, Dr. Tom Peacock berkata, kemunculan jumlah mutasi spike yang sangat tinggi akan menjadi ‘kebimbangan yang sebenar’.

“Sangat, sangat banyak yang perlu dipantau berkenaan profil spike yang menakutkan,” katanya di Twitter.

Sementara itu, Pengarah Insiden COVID-19 Agensi Keselamatan Kesihatan UK, Dr. Meera Chand berkata, dengan kerjasama badan saintifik di seluruh dunia, agensi itu sentiasa memantau status varian Sars-CoV-2 apabila ia muncul dan berkembang di seluruh dunia.

“Memandangkan sifat virus sering bermutasi dan secara rawak, bukan perkara luar biasa untuk sejumlah kecil kes timbul yang menampilkan set mutasi baharu. Mana-mana varian yang menunjukkan bukti penyebaran dinilai dengan pantas,” katanya.

Sumber: The Guardian

" "