Siakap Keli

“Dulu Punya Tunggu Lama Nak Simpan Duit Tabung Haji” – Lelaki Kongsi Cara Dia Guna Untuk Buat Penyimpanan

Teringat lagi aku dulu masa kecik-kecik, kalau nak simpan duit kat Tabung Haji, cukup lama la aku kena tunggu kat kaunter tu dengan parents aku bila nak simpan duit. Punya lah ramai orang datang serentak ya kat Tabung Haji tu. Rasa bosan menunggu tu, memang semua orang pernah faham dan alami lah kot sekali dalam seumur hidup. Tapi, bila dah makin maju ni banyak rupanya cara mudah kita boleh guna untuk simpan duit dalam akaun Tabung Haji.

Aku dulu sejak kecik lagi memang selalu teman ayah aku buat simpanan duit Tabung Haji. Biasa la kan, dulu mana ada sangat teknologi macam sekarang ni yang semuanya di hujung jari je. Terpaksa la pergi cawangan Tabung Haji dan aku selalu pergi kat cawangan Putrajaya kat Anjung dulu. Aku selalu terkejut tau dulu, sebab awal macam mana pon pergi mesti akan ramai jugak orang. Beratur bukan main panjang lagi. Kalau dah ramai, apa lagi kan. Tempoh menunggu pon memang panjang la selalunya. Tapi, tu dulu. Dah meningkat dewasa, aku pon tau banyak lagi cara nak buat simpanan Tabung Haji dengan mudah.

Ramai tak tau tapi sebenarnya salah satu cara untuk buat simpanan dalam akaun Tabung Haji ni adalah dengan menggunakan kemudahan Online Banking je. Haa, bagus kan. Boleh je kita link kan akaun Tabung Haji kita dengan akaun bank kita yang lain. Salah satu contoh Online Banking yang boleh digunakan ialah CIMB Clicks. Mudah je tau sebenarnya nak buat simpanan Tabung Haji melalu CIMB Clicks ni. Contohnya adalah seperti video viral di bawah.

Cara ni la yang mudah sekarang untuk buat simpanan Tabung Haji dengan gunakan JomPAY je. Sama macam yang video YouTube ni tunjuk. Senang je rupanya. Ikuti kisah lelaki ni buat penyimpanan guna CIMB Clicks.

Sebab tu lah aku cakap, dulu punya la payah kena tunggu lama kat kaunter Tabung Haji untuk buat simpanan duit tapi sekarang mudah yang amat. Selain daripada simpanan, CIMB Clicks ni sebenarnya sebuah platform perbankan serba boleh dengan pelbagai fungsi Tabung Haji bila penguna dah link kan akaun Tabung Haji dengan akaun CIMB kita dalam CIMB Clicks dalam bentuk web. Tak perlu lah ingat banyak katalaluan, pengguna juga akan dapat kelebihan tersebut dalam CIMB Clicks, senangjer:

  • Pertanyaan Baki: Pengguna dapat tau baki akaun Tabung Haji mereka melalui CIMB Clicks.
  • Simpan/Hantar Wang: Pengguna boleh memindahkan wang dari akaun CIMB ke akaun Tabung Haji sendiri atau pihak ketiga seperti anak sebanyak RM10,000 sehari, dengan caj RM1 setiap transaksi.
  • Pengeluaran Wang: Pengguna boleh memindahkan wang dari akaun Tabung Haji ke dalam akaun CIMB sendiri dengan caj RM1 setiap transaksi, terhad kepada RM10,000 sehari.

CIMB Clicks juga dah jadikan beberapa produk Islamik yang lain lebih mudah dan juga tersedia dalam talian. Lepas tu, pelanggan yang mempunyai keperluan perbankan melibatkan semua jenis organisasi lain untuk bantu menguruskan dana peribadi diorang akan turut bermanfaat apabila menggunakan CIMB Clicks. Ianya sebab CIMB sekarang dah ada menawarkan perkhidmatan Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui CIMB Clicks dan ATM, dan juga Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i CIMB Islamic (FRIA-i) melalui CIMB Clicks.

Selain tu, CIMB Clicks ni juga boleh beri banyak kemudahan kepada pengguna dari segi tawaran CIMB Islamic:

  • Dapatkan keuntungan daripada simpanan anda dengan membuka e-Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i.
  • Simpan dengan Akaun Simpanan-i OctoSavers. Pemegang akaun simpanan dan semasa/-i CIMB yang sedia ada dapat menikmati manfaat untuk membuka Akaun Simpanan-i OctoSavers baru melalui laman web CIMB Clicks. Akaun Simpanan-i OctoSavers adalah akaun simpanan digital pertama kami yang menawarkan ganjaran segera setelah melengkapkan misi dan cabaran dalam aplikasi CIMB Clicks.
  • Melabur dalam CIMB Shariah Unit Trust Fund melalui CIMB Clicks. Pengguna CIMB boleh melabur dalam pelbagai pilihan dana yang patuh Syariah melalui platform perbankan dalam talian CIMB Clicks.

CIMB Clicks ni sebenarnya terdapat dalam bentuk web dan juga app. Ia adalah sebuah platform perbankan digital CIMB sendiri yang membolehkan dan memudahkan pengguna untuk melakukan semua jenis keperluan perbankan seharian secara dalam talian, lancar dan selamat je dari keselesaan rumah diorang sendiri.

Untuk lebih mudah, korang boleh je terus muat turun app ni dalam ‘Apple App Store’, ‘Google Play Store’ dan juga ‘HUAWEI AppGallery’, lepas tu boleh terus cuba guna app tu macam cara yang dah diajar kat atas. Baru lah korang akan perasan nanti yang betapa mudahnya untuk buat simpanan duit dalam akaun Tabung Haji.

Nor Fakhry