Siakap Keli
Gambar: Bernama

Lelaki Tergamak Palsukan Sijil Kematian Isteri Gara-gara Nak Kahwin Lain, Bakal Dipenjara 8 Tahun

Seorang Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) di Petang, Indonesia dan seorang lelaki yang berusia 56 tahun berhadapan dengan hukuman penjara atas kes pemalsuan surat kematian isterinya, lapor portal suarabali.id.

Pemalsuan tersebut dilaporkan dilakukan untuk membolehkan lelaki berkenaan berkahwin lagi.

KUA itu bakal didakwa mengikut undang-undang kerana membantu lelaki tersebut melengkapkan syarat perkahwinan dengan memalsukan sijil kematian. Kes bakal dibicarakan tidak lama lagi.

Menurut portal suarabali.id, KUA tersebut telah menerima wang berjumlah 1.5 juta rupiah (RM443) atas urusan itu daripada lelaki berkenaan.

Kes tersebut dilaporkan berlaku pada Ogos 2019 di Kua Kecamatan perang, Kabupaten Badung, Bali, Indonesia. Suspek telah melakukan jenayah memalsukan surat dengan membuat akuan kematian dan sijil kematian palsu bagi atas nama mangsa yang merupakan isteri sah lelaki berkenaan.

Surat itu menjelaskan bahawa mangsa telah meninggal dunia sedangkan dia masih lagi hidup dan sihat sehingga kini.

Difahamkan bahawa, kejadian ini telah menimbulkan kesan kepada mangsa dari segi psikologi di mana keadaan sebenarnya dia masih lagi hidup sehingga kini, bukan seperti apa yang dinyatakan dalam surat berkenaan.

“Surat itu tidak menjelaskan sebab dia meninggal dunia, dia yang taip sendiri surat itu, cuma dijelaskan di situ bahawa dia sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada Ketua Kampung untuk ditandatangani,” kata Ketua Pendakwa Raya Daerah Badung.

Sejak kes tersebut mula dibicarakan pada 2019, suspek telah ditahan di balai polis Mengwi, Badung sehingga kini.

Atas tindakan tersebut, kedua-dua suspek bakal didakwa atas kesalahan ancaman jenayah dan jika didapati bersalah, mereka akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama lapan tahun.

Sumber: suarabali.id

" "