Siakap Keli
Gambar: Bustle

Teman Lelaki Merajuk Kerana Terlupa “Wish Birthday”, Wanita Terpaksa Minta Polis Tolong Pujuk

Cinta mampu membuatkan seseorang itu melakukan tindakan yang di luar jangkaan. Dalam satu kes yang unik ini, seorang wanita dilaporkan telah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan selepas teman lelakinya enggan bercakap dengannya.

Menurut portal Free Press Journal, Wanita yang berasal dari Chhindwara di Madhya Pradesh, India ini telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki dari Sarani.

Walau bagaimanapun, hubungan cinta antara mereka menjadi bermasalah apabila wanita itu gagal untuk memberi ucapan hari lahir kepada teman lelakinya atas sebab tertentu.

Ianya telah mengakibatkan pergaduhan dan selepas dari itu lelaki tersebut memilih untuk menjauhkan diri daripadanya.

Wanita tersebut telah membuat pelbagai usaha untuk menghubunginya, namun usahanya itu tidak berjaya membuahkan hasil.

Ekoran daripada itu, wanita berkenaan memutuskan untuk menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan supaya dia dapat bercakap dengan teman lelakinya, lapor Free Press Journal.

Pihak polis kemudiannya bertindak memanggil kedua-dua mereka ke balai polis dan mereka dilaporkan diberikan kaunseling selama beberapa jam.

Akhirnya, mereka berjaya berbaik semula dan polis menasihatkan mereka untuk berkahwin.

Mematuhi nasihat itu, ahli keluarga kedua-dua pasangan tersebut bersetuju dengan keputusan itu. Mereka berdua pun berjaya disatukan di Arya Samaj Mandir.

Sumber: India Times

" "