Siakap Keli
Gambar: @skepan

(Video) Dari Berat 110kg, Lelaki Berjaya Turunkan Berat Hingga Dapat “Sixpack”

Satu video inspirasi yang memaparkan transformasi seorang pemuda daripada obesiti kepada sihat telah menjadi tular di media sosial.

Menurut pada kapsyen yang tertera pada video yang dimuat naiknya di akaun Tiktok bernama @skepan, pada awal dia memutuskan untuk mengubah hidupnya itu, dia memiliki berat sebanyak 110 kilogram.

Dalam video tersebut, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan bahawa dia seorang yang kuat makan dan kerap kali ambil makanan yang tidak sihat.

Namun apabila dia memutuskan untuk mengubah hidupnya secara perlahan-lahan, dia memulakan perjalanannya itu di gimnasium.

Terdapat satu klip di dalam video tersebut menunjukkan bahawa dia telah pun menolak untuk mengambil makanan yang tidak sihat apabila rakannya menghulurkan kulit ayam kepadanya selepas sahaja dia berazam untuk mencapai misinya.

Dengan usaha, semangat dan disiplin yang ditonjolkan dalam video berkenaan, dia akhirnya berjaya mendapatkan bentuk badan yang sihat lengkap dengan otot ‘sixpack’ pada bahagian perutnya.

Selepas berjaya mengubah hidupnya, dia kini sibuk membantu melatih rakannya yang terinspirasi hasil daripada transformasi dirinya dalam berjaya menurunkan berat badan.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 3 juta kali.

@skepan

fokus ke diri sendiri dulu ya! 😁

♬ original sound – Cav’s Content

Sumber: @skepan

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.