Siakap Keli
Gambar Via Tribun News

Dipercayai Dengar Bisikan Ghaib, Lelaki Dilapor Gali Kubur Selepas Hampir Sebulan Isteri Meninggal Dunia

Seorang lelaki dilaporkan nekad menggali kubur isterinya yang telah meninggal dunia selama 25 hari di Ponorogo, Jawa Timur baru-baru ini.

Memetik laporan Tribun News, tindakan itu bukan pertama kali kerana dia juga melakukan hal sama ketika hari ketujuh isterinya meninggal dunia.

Mujurlah penduduk setempat telah menghentikan perbuatannya. Menurut seorang penduduk, lelaki tersebut dilihat sedang menggali kubur isterinya dan dilihat oleh orang ramai yang melalui jalan di depan tempat pemakaman tersebut.

Mereka turut memanggil pihak polis untuk mengawal keadaan di situ. Ketika didatangi, lelaki tersebut sudah menggali sedalam 80 sentimeter dan mengatakan bahawa dia tidak percaya isterinya sudah meninggal dunia.

Apabila ditanya, lelaki itu juga mendakwa bahawa telah mendengar bisikan ghaib yang menyuruhnya untuk menggali kubur itu.

Dia juga dipercayai mengalami masalah gangguan jiwa sejak kecil lagi.

“Bisikannya itu menyuruh dia membawa isterinya ke hospital supaya arwah dirawat oleh doktor, dia juga membawa tikar dan gerabak untuk membawa isterinya,” kata ketua kampung, Supriyadi.

Lelaki itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan  rawatan yang selanjutnya.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story