Siakap Keli
Gambar: YouTube Shuib Channel

(Video) Meruntun Jiwa, Shuib Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwah Siti Sarah, Abadikan Dalam Lagu ‘Tinggalkan Diriku’

Selepas tiga bulan Allayrhamah Siti Sarah dijemput Ilahi, Shuib Sepahtu telah memuat naik satu muzik video nyanyian isterinya di YouTube miliknya semalam.

Lagu dengan tajuk Tinggalkan Diriku tersebut telah berjaya menarik perhatian masyarakat dan kini telah mencecah lebih 500 ribu penonton kurang daripada 24 jam.

Kata Shuib, lagu tersebut merupakan rakaman suara isterinya ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah sekita tahun 2018.

“Enam hari selepas pemergian arwah, saya mendengar rakaman lagu ‘Tinggalkan Diriku’ ini. Ianya dirakam semasa sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada tahun 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendegarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah juga berbeza dan istimewa sekali seakan-akan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” kata Shuib.

Rentetan itu, penghibur dan usahawan terkenal ini telah mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah muzik video bagi lagu tersebut sebagai kenangan dan tanda cintanya kepada arwah isterinya.

Lebih menyayat hati pendengar lagi, Shuib turut berkongsi dan memasukkan perbualan terakhirnya bersama Siti Sarah di dalam muzik video tersebut.

”Ibu, ini satu step ini sahaja dan you kena lepaskan. You minta dengan Allah untuk kuatkan semangat you dan Insyaallah lepas ini kita akan tengok anak kita,” ujar Shuib yang sedang memberikan kata-kata semangat buat isterinya sebelum arwah ditidurkan.

Dalam perbualan terakhir itu juga dapat didengar bahawa Siti Sarah tak lekang meminta ampun dari suaminya dan mengucapkan kata sayang pada Shuib.

Sumber: Shuibsepahtu

 

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.