Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
siti zaidah hadiah pingat
Kredit: Majlis Sukan Negara Malaysia

Siti Zaidah Hadiah Pingat Ke-100 Malaysia Di APG Thailand 2025

BERNAMA

Siti Zaidah Hadiah Pingat Ke-100 Malaysia Di APG Thailand 2025

NAKHON RATCHASIMA (Thailand), 23 Jan (Bernama) -- Dari detik penuh kebimbangan hingga tercipta sejarah, itulah perjalanan pemenang pingat emas lontar peluru wanita F41, Siti Zaidah Mokhtar yang menghadiahkan pingat ke-100 kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025, hari ini.

Atlet berusia 38 tahun itu berdepan detik cemas semalam apabila menyedari namanya tidak tersenarai dalam acara berkenaan.

Beliau segera memaklumkan perkara itu kepada jurulatih sebelum delegasi Malaysia bertindak pantas dan hanya dua jam sebelum pertandingan bermula, namanya berjaya dimasukkan secara rasmi.

Peluang terakhir itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila Siti Zaidah mencatat lontaran sejauh 5.18 meter (m) untuk menghadiahkan emas yang amat bermakna buat negara, sekali gus menutup episod penuh tekanan dengan detik kemuncak yang manis.

Kejayaan Malaysia dalam acara itu turut diperkukuh dengan pingat perak oleh Mazzdiana Nuratasya Abd Rahim hasil lontaran sejauh 4.91m.

Sementara itu, walaupun tenpin boling menjadi satu-satunya acara yang berlangsung di Bangkok, skuad negara terus menyerlah apabila menyumbang pingat penting bagi memperkukuh kedudukan keseluruhan Malaysia.

Dalam acara perseorangan lelaki TPB9, Mohd Azrin Rahim muncul juara dengan kutipan 1,230 mata, manakala Marcos Hao membawa pulang perak dengan 1,198 mata.

Bagi perseorangan wanita TPB9 pula, Ruzila Mustafa menghadiahkan pingat perak menerusi catatan 795 mata, manakala Julietati Abd Jalil melengkapkan podium dengan gangsa selepas mengumpul 775 mata.

Setakat ini, skuad tenpin boling negara telah menyumbang tiga pingat emas kepada kutipan keseluruhan Malaysia, sekali gus membuktikan keupayaan kontinjen negara untuk terus bersaing di tahap tinggi walaupun berdepan cabaran lokasi dan jadual pertandingan yang padat.

Ketika ini, Malaysia kekal di kedudukan ketiga carta pingat dengan 109 pingat keseluruhan, merangkumi 33 pingat emas, 34 pingat perak dan 42 gangsa.

Kontinjen negara menyasarkan 181 pingat keseluruhan, termasuk 55 emas pada APG Thailand 2025 dengan setiap sumbangan pingat dianggap penting bagi merealisasikan sasaran itu.

Berbaki hanya dua hari sebelum semua pertandingan berakhir pada Ahad ini manaka Isnin (26 Jan) dikhaskan sebagai hari penutup temasya, cabaran dijangka semakin sengit dan menuntut tumpuan penuh daripada seluruh atlet negara.