Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
malaysia emas
Gambar: BERNAMA
Selepas Menanti 24 Jam, Emas 100m T12 Kekal Milik Malaysia

BERNAMA

Selepas Menanti 24 Jam, Emas 100m T12 Kekal Milik Malaysia

NAKHON RATCHASIMA (Bernama) -- Selepas menunggu selama 24 jam dalam tanpa kepastian akibat isu teknikal penganjur, kem olahraga para Malaysia akhirnya menarik nafas lega apabila pingat emas acara 100 meter lelaki T12 Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025, disahkan kekal milik negara.

Atlet negara Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah muncul juara dengan catatan 11.26 saat (s) mengatasi wakil tuan rumah Kissanapong Tisuwan (11.52s) dan rakan sepasukan Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi yang meraih gangsa dengan 11.53s.

Pengurus pasukan S. Arasu berkata ‘drama’ itu tercetus apabila seorang atlet Singapura James Ethan, tidak menyedari kelayakannya ke final selepas namanya tidak dipaparkan dalam senarai rasmi oleh penganjur, sekali gus menyebabkan beliau terlepas bertanding bersama peserta lain, semalam.

Kesilapan itu mendorong Singapura mengemukakan bantahan rasmi yang akhirnya diterima atas faktor teknikal, sebelum atlet berkenaan dibenarkan melakukan larian catatan masa secara bersendirian, hari ini.

Bagaimanapun, catatan 11.99s yang direkodkan atlet Singapura itu tidak mengatasi masa Muhamad Afiq, sekali gus mengesahkan keputusan final kekal sah dan pingat emas terus menjadi milik Malaysia.

"Memang tepat 24 jam, sebab penganjur sendiri yang tidak letak dia punya kelayakan sebab peserta yang layak itu sepatutnya dipamerkan.

“Sebab itu Singapura minta supaya dia dibenarkan lari pada hari ini. Jadi kita pun membenarkanlah dia lari dan bersyukur sebab dia punya masa tidak dapat lawan masa kita. Jadi kita punya keputusan masih kekal, pingat emas masih lagi kepada Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Kem olahraga para, muncul sebagai penyumbang terbesar pingat setakat ini meraih 11 pingat emas, lapan perak dan 14 gangsa.

Lebih manis, skuad para renang negara akhirnya memecahkan kebuntuan pingat emas hari ini apabila Rusdianto Rusmadi, menghadiahkan emas sulung dari kolam renang menerusi acara 50 meter kuak kupu-kupu lelaki kategori S8.

Rusdianto mencatat masa 30.54 saat pada saingan final untuk menewaskan dua wakil Vietnam Huynh Anh Khoa, yang meraih perak (31.26s) dan Quang Thoai Han yang membawa pulang gangsa (33.41s).

Setakat ini, skuad para renang negara telah mengumpul lapan pingat perak dan 11 pingat gangsa dengan emas Rusdianto kekal menjadi satu-satunya sumbangan tertinggi dari kolam renang, namun peluang masih terbuka luas untuk menambah kilauan pingat sehingga Ahad ini.

Setakat malam ini, Malaysia berada pada kedudukan ketiga daripada sembilan negara bertanding dengan keseluruhan 70 pingat (18-21-31).

Thailand terus mendominasi carta pungutan pingat apabila menghuni tangga teratas dengan 179 pingat (69-59-51), manakala Indonesia berada di tempat kedua dengan 106 pingat (40-38-28).

Kontinjen negara menyasarkan untuk membawa pulang 181 pingat keseluruhan dengan 55 daripadanya adalah pingat emas pada temasya yang membuka tirai pada Selasa (20 Jan) hingga Isnin depan (26 Jan).

Sumber:BERNAMA