Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siti Nurhaliza Terima Dua Pengiktirafan ASEAN Records Dan Asia Records

ASEAN
Kredit: Instagram Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mencatat pencapaian dalam industri muzik apabila menerima dua pengiktirafan serantau menerusi ASEAN Records dan Asia Records, hari ini.

Pengiktirafan itu diberikan susulan kejayaan dua konsert berskala mega, Legacy 30 dan Gema Bumantara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, diiktiraf menerusi kategori Jumlah Penonton Terkumpul Terbesar bagi Dua Konsert Stadium Solo oleh Artis Rakaman Berbahasa Melayu.

Kejayaan berkenaan diraih selepas kedua-dua konsert itu berjaya menarik kehadiran keseluruhan 145,000 penonton dalam tempoh 10 bulan.

Konsert Legacy 30 berlangsung pada 10 Januari lalu, manakala Gema Bumantara pula diadakan pada 17 Oktober lalu.

Kedua-dua pengiktirafan berkenaan disampaikan oleh Penasihat Rekod ASEAN dan Asia, Tan Sri Prof Abdul Latiff Abu Bakar pada Malam Apresiasi bagi meraikan kejayaan penganjuran dua konsert berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Siti turut menjadi perhatian ramai menerusi persembahannya pada upacara pembukaan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Beliau menyampaikan lagu Negaraku pada acara berkenaan, sekali gus mencuri perhatian penonton.

Intipati
  • Siti Nurhaliza menerima dua pengiktirafan serantau daripada ASEAN Records dan Asia Records.
  • Pengiktirafan itu susulan kejayaan konsert Legacy 30 dan Gema Bumantara di SNBJ.
  • Kedua-dua konsert menarik 145,000 penonton keseluruhan dalam tempoh 10 bulan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan