Siakap Keli
Kredit gambar: JBPM Sabah via Sinar Harian

Dua Pendaki Gunung Kinabalu Dilapor Terjatuh Ketika Paragliding

Dua lelaki dilapor cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu, Sabah dalam kejadian kira-kira 7 pagi pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan tersebut, kedua-dua mangsa yang juga merupakan pendaki gunung tersebut ditemui di kilometer 7.5 Summit Trail dalam keadaan sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, empat anggota serta pegawai bersama empat malim gunung dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus itu.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 9.30 pagi, mangsa pertama didapati cedera di bahagian lutut namun masih mampu untuk bergerak sendiri turun ke kaki gunung.

“Mangsa kedua pula didapati bengkak di bahagian lutut kanan dan disyaki mengalami kecederaan retak tempurung lutut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut jurucakap itu lagi, rawatan awal terhadap kedua-dua mangsa terbabit segera dilakukan oleh pasukan penyelamat.

“Pasukan penyelamat mencuci luka mangsa pertama, manakala mangsa kedua diberi balutan anduh sebelum diangkat menggunakan stretcher untuk turun ke kaki gunung,” tambahnya memetik Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.