Siakap Keli
Gambar Via The Japan Times

Jepun Sahkan Kes Pertama Varian Omicron

TOKYO, 30 Nov (Bernama) — Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron telah dikesan di negara ini, melibatkan seorang lelaki yang pulang dari Namibia, menurut sumber kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.

Lelaki berusia 30-an itu disahkan positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang Narita pada Ahad.

Pada Isnin, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan melarang kemasukan semua warga asing berikutan kebimbangan mengenai varian baharu COVID-19 itu.

Langkah tersebut telah dilaksanakan bermula Selasa selama sebulan, mewajibkan rakyat tempatan dan warga asing dengan status pemastautin yang balik dari kawasan berisiko tinggi perlu menjalani kuarantin selama 10 hari di kemudahan ditetapkan kerajaan.

Sumber:  BERNAMA

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "