Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Lelaki Terkejut Tengok Lauk Dibekalkan Isteri Rupanya Telur Mentah

Gambar: TikTok @aceh_anggoro

Sebuah video tular menunjukkan seorang suami yang menerima bekal daripada isterinya, dan bekal tersebut berupa nasi bersama telur yang dikatakan masih mentah, memetik laporan daripada Suara.com.

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @aceh_anggoro itu berlaku kepada rakan sepejabatnya.

Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat si suami sedang mengeluh kerana tidak boleh makan bekalan yang diberikan oleh isterinya itu.

Menurut laporan, isterinya mungkin terlupa untuk merebus telur atau mungkin tersalah masukkan telur yang masih mentah ke dalam bekas makanan itu.

Menjengah ke ruangan komen yang ditinggalkan di perkongsian video itu, ada juga warganet yang berseloroh dengan mengatakan bahawa minyak untuk goreng mahal.

Gambar: TikTok @aceh_anggoro

Sumber: Suara.com