Arab Saudi mengesahkan kes pertama varian Omicron telah dikesan di negara itu yang melibatkan seorang penumpang yang datang dari Afrika, lapor Arab News.
Susulan itu, penumpang tersebut bersama beberapa orang lagi rakannya yang lain telah dikuarantin.
Arab Saudi sebelum ini dilaporkan telah mengumumkan sekatan penerbangan dari beberapa negara benua Afrika seperti Afrika Selatan, Namibia, Zimbabwe, Botswana, Eswatini dan Malawi.
Dalam pada itu, negara tersebut juga telah menamatkan larangan terhadap perjalanan dari beberapa negara dan melonggarkan sekatan perjalanan berkaitan pandemik sejak beberapa bulan lalu.
Pelancong dari enam negara iaitu India, Mesir, Pakistan, Indonesia, Brazil dan Vietnam dibenarkan tiba di negara itu tanpa perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Sumber: Arab News