Siakap Keli
Gambar Via Ahmad Afif Zafran

Pernah Minta Kerja Tapi Kena “Reject”, Lelaki Nekad Amal Diet Ini & Hilang 118kg, Kini Tampil Lebih Bergaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kali ada yang berkongsikan mengenai kejayaan menurunkan badan, mesti ramai di antara kita yang turut terinspirasi dan berhasrat untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Namun, mungkin ramai juga yang ‘kecundang di tengah jalan’ dan tidak mendapatkan hasil seperti yang diinginkan terutama bagi yang mempunyai berat badan yang dikategorikan sebagai obesiti.

Manakan tidak, bukan mudah untuk melalui ‘liku-liku’ dalam menurunkan badan terutama apabila tidak boleh ‘berenggang’ dengan makanan.

Jangan mudah berputus asa kerana usaha yang dilakukan secara berterusan akan membuahkan hasil yang tidak terjangka. Apapun, terapkan juga di dalam minda dan diri korang untuk menjalani gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta sentiasa melakukan senaman atau bersukan.

Jangan rasa mustahil kerana ada yang telah berjaya mengatasi ‘cabaran’ dan mendapatkan berat badan yang diinginkan. Seperti Ahmad Afif Zafran ini yang telah berkongsikan ‘perjalanannya’ dalam menurunkan berat badan di Facebook.

Bermula dari 2019

Menerusi kirimannya di group Diet Suku Suku Separuh, Afif berkata bahawa dia berjaya kurangkan berat dari 214kg kepada 96kg dalam tempoh 2 tahun lebih.

Ketika overweight, Afif mengatakan dia kadangkala sukar untuk bergerak dan sering merasa kecewa dengan diri sendiri. Kerana keadaan dirinya itu, dia juga sukar untuk mendapatkan tawaran kerja.

Sukar untuk dapat kerja

Ini adalah fasa gelap dalam hidup saya sepanjang menjadi seorang ‘bob’. Ceria wajahnya, namun sewaktu malam menjelang kadang kadang keseorangan, saya Akan menangis.

Bilik saya hampir tiada cermin kecuali tingkap bilik. Ye la nampak diri sendiri dekat cermin tak nak tengok, kecewa dan marah dekat diri sendiri. Rakan rakan terdekat ramai tahu kisah saya keluar cari kerja namun tiada sudi yang terima.

Offer kerja datang dari kawan-kawan saya terpaksa tolak kerana saya tahu jika kerja pun akan susahkan mereka dan syarikat. Akhirnya kerja sendiri adalah keputusan terbaik,” katanya dalam kiriman itu.

Menurutnya, amalan pemakanan yang tidak sihat menjadi punca berat badannya bertambah.

Bertitik tolak dari itu, Afif bertekad dan bersemangat untuk menurunkan berat badannya dengan mengamalkan gaya hidup sihat dengan sering bersenam di gym

Dia juga melebihkan sayur-sayuran di dalam makanan dan hanya makan nasi dalam kuantiti yang sedikit.

Banyak dekat sini yang ada masalah dan alasan keluarga masak sedap, kawan ajak lepak, macam macam. Itu dugaan anda di dalam perjuangan ini.

Saya pun begitu tapi saya sedar, ada masa saya harus berenang menentang arus supaya saya boleh menjadi kuat, ada masa saya kene mulakan kitaran positive,”

Walaupun telah mengalami perubahan yang ketara berbanding dahulu, Afif berkata perjalanannya masih jauh dan kini dia masih lagi mengekalkan gaya kehidupan yang sihat.

Sumber: Ahmad Afif Zafran

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.