Siakap Keli

Berat 124kg & Pernah Dipanggil ‘Anak Gajah’, Gadis Nekad Berdiet Hingga Turun 53kg, Kini Tampil Lebih Bergaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Perjalanan’ untuk mendapatkan berat badan yang ideal bukannya mudah. Manakan tidak, banyak ‘ujian’ yang perlu dilalui terutama melibatkan cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Namun, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berputus asa kerana ia merupakan kunci kepada berat badan yang diimpikan.

Turun 53kg

Bagi yang ingin menurunkan berat badan dan tidak tahu untuk bermula dari mana, mungkin korang boleh mengambil inspirasi daripada perkongsian seorang pengguna Facebook, Connie Roxanne Jiwin, yang telah berjaya menurunkan berat badan dari 124kg ke 71kg.

Menerusi perkongsiannya di group Diet Suku Suku Separuh, Connie mengatakan bahawa dia menurunkan berat ke angka tersebut dalam tempoh setahun lebih iaitu dari bulan Mei 2020 hingga Oktober 2021.

Throwback picture of me when i was really overweight and I allowed people call me “anak gajah”everytime i looked at myself in the mirror I just couldn’t believe that I’ve changed a lot. Im totally a different person right now . Im so proud of myself because I’ve achieved my goal , but it doesn’t mean that Im gonna stop with my healthy lifestyle. So I decided to maintain my healthy lifestyle. I know that a healthy lifestyle doesn’t guarantee a long life for us but it will add life to your years, now I’m 71kg road to 60kg. Slowly but surely !! From 124kg(May2020)-71kg(October2021) total weight loss 53kg.

Ditanya mengenai rahsianya dalam menurunkan berat badan, Connie menjelaskan dia sangat mementingkan pemakanan yang sihat dan setiap hari menetapkan menu diet yang berkhasiat.

Tapi sekarang ni saya sudah tukar cara diet, saya cut carbo dan gula. Saya perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran saja.

Sayur-sayur tu antara kukus atau celup saja dan cuma guna garam himalayan. Lepastu ayam pula saya makan bahagian dada yang skinless,” katanya kepada SK.

Menurutnya, dia tidak akan berhenti menjalani gaya hidup sihat walaupun telah berjaya mencapai matlamatnya. Dia juga kini berusaha untuk mendapatkan berat 60kg.

Sumber: Connie Roxanne Jiwin

Sofea

There's always another side to every story