Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

TERKINI: Harga RON97 Turun Lagi, RON95 & Diesel Kekal

Harga runcit produk petroleum bagi RON97 menunjukkan penurunan lagi sebanyak 3 sen, iaitu daripada RM3.05 seliter kepada RM 3.02 seliter bagi tempoh 2 Disember 2021 hingga 8 Disember 2021.

Bagi harga runcit produk petroleum bagi RON95 dan minyak diesel pula, harga masih lagi kekal dan berada pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menerusi Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan mengekalkan harga runcit bagi RON95 dan minyak diesel walaupun harga siling pasaran sebenar telah meninggkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Pemantauan akan terus dilakukan oleh pihak kerajaan susulan daripada kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian supaya kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber : MOFMalaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.