Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Emas Lonjak Lebih US$3,400, Catat Rekod Tertinggi Baharu

Athirah
Harga Emas Lonjak
Kredit: AFP

Harga Emas Lonjak Lebih US$3,400, Catat Rekod Tertinggi Baharu

ISTANBUL, 21 April (Bernama-Anadolu) — Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah US$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap “aset pelaburan selamat”.

Menurut Anadolu Ajansi, harga emas ketika ini berada pada sekitar US$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Kenaikan lebih 2.3 peratus pada harga emas pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.

Kecenderungan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah turut menyumbang kepada peningkatan harga emas, selepas Bank Pusat Eropah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu.

Lonjakan harga emas semakin ketara selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif “timbal balik” terhadap lebih 180 negara pada 2 April.

BACA: Hajat Tercapai, Dua Sahabat Warga Emas Sebak Bertemu Semula

BACA: Kajian Penyelidik Temui Mikroplastik Dalam Ovari Wanita

BACA: Isu Berat Tapi Mudah Faham, Ini Penjelasan Paling Senang Nak Hadam Isu Tarif AS

Sumber: Bernama