Siakap Keli
dua sahabat bertemu semula
Kredit: @sarinababa731 via TikTok

Hajat Tercapai, Dua Sahabat Warga Emas Sebak Bertemu Semula

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hajat Tercapai, Dua Sahabat Warga Emas Sebak Bertemu Semula

Sahabat sejati merupakan anugerah yang sangat berharga dalam kehidupan setiap insan, lebih-lebih lagi jika persahabatan itu telah terjalin sejak zaman kecil lagi.

Hubungan persahabatan yang terjalin sejak usia muda biasanya lebih kukuh kerana ia dibina atas dasar keikhlasan dan keserasian semula jadi.

Selain ahli keluarga, sahabat juga memainkan peranan penting dalam membentuk kehidupan seseorang.

Mereka menjadi tempat bergantung ketika susah, berkongsi kegembiraan ketika senang dan menjadi pendengar setia dalam suka dan duka kehidupan. Justeru, sahabat sejati mampu menjadi pelengkap dalam kehidupan seseorang, sama seperti kehadiran ahli keluarga.

“Setiap kali bercerita, dia akan menangis”

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi tentang pertemuan antara bapanya dan sahabat baiknya di sebuah rumah yang mengundang rasa sebak dalam kalangan orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @sarinababa731 di TikTok, pertemuan tersebut dirancang tanpa pengetahuan bapanya kerana ia bertujuan sebagai satu kejutan.

“Akhirnya tercapai juga nak jumpa sahabat baik dari kecil, dari bujang sampai dah kahwin hingga tua. Alhamdulillah

“Ayah tak tahu kami dah rancang nak bawa ayah jumpa kawan baik dia. Sebab dia selalu cakap, selalu teringatkan kawan dia kebelakangan ini dan setiap kali bercerita, dia akan menangis,” jelasnya.

Difahamkan, sahabat bapanya turut berkongsi kerinduan yang sama. Beliau turut berusaha sedaya upaya mendapatkan nombor telefon pemilik video dan akhirnya, dua sahabat lama itu dipertemukan semula.

Video berdurasi 33 saat itu turut memaparkan kedua-dua lelaki tersebut memeluk erat sambil sebak apabila dapat bertentang mata di perkarangan rumah. Dalam pada itu, mereka turut mengambil gambar bersama ahli keluarga sebagai tanda kenangan.

“Sebagai anak sangatlah gembira bila tengok mereka gembira. Di hari-hari tua mereka, semoga dapat lagi cipta kenangan indah bersama,” kata wanita itu lagi.

Video berkenaan meraih 88.6k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok meluahkan rasa sedih dan terharu apabila melihat kesungguhan anak-anak dalam usaha menyatukan semula dua sahabat lama ini.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar kedua-dua sahabat ini diberi panjang umur dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

BACA: Kereta Kabel Jatuh Dalam Gaung, 4 Disahkan Maut

@sarinababa731

Akhirnya tercapai juga nak jumpa sahabat baik dari kecik, dari Bujang sampai dah kahwin hingga hari tua..alhamdulillah..

♬ Kenangan – Ziell Ferdian

Sumber: @sarinababa731 via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.