Sakit tengkuk adalah sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher yang mungkin melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.
Sakit ini berkemungkinan berlaku akibat ketidakseimbangan pada otot, postur yang kurang baik, kecederaan whiplash, dan juga kerana kekurangan stabiliti otot tengkuk.
Bila berasa lenguh atau sakit tengkuk, mungkin akan ada individu yang cuba ‘meletupkan’ tengkuk dengan andaian ianya akan segera lega. Pun begitu, sebenarnya terdapat cara terbaik untuk melegakan sakit belakang tengkuk.
Seorang kiropraktor menerusi laman TikTok @dr.cracks ada berkongsikan jalan penyelesaiannya.
Menerusi perkongsian video itu, hanya tiga langkah mudah yang anda perlu lakukan bagi menghilangkan sakit tengkuk. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
1. Duduk dan letakkan tangan di bawah punggung
2. Pada posisi yang sama, kedudukan kepala juga perlu disengetkan
3. Tahan selama 20 saat dan ulang pada arah berlawanan.
Langkah itu perlulah dilakukan sebanyak 5 kali untuk kedua-dua arah.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda boleh menonton video di bawah.
@dr.cracks Neck Pain??? ( Try This) ( SHARE IF THIS IS HELPFUL ) #backpain #neckpain #advice #helpful
Sumber: TikTok @dr.cracks