Siakap Keli
Gambar: Mirror

Ibu Bersama Teman Lelaki Didakwa Dera Anak Sendiri Hingga Maut

Seorang ibu di Birmingham didakwa di mahkamah dipercayai atas kesalahan mendera anaknya sendiri yang berusia tiga tahun hingga maut dalam satu kejadian pada 2018 lalu, lapor Mirror.

Menurut pendakwaraya Mahkamah Mahkota Birmingham, Tony Badenoch, kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan nazak serta mempunyai kesan cedera parah seakan-akan terlibat dalam kemalangan kereta.

Difahamkan, ibu tersebut yang berusia 30 tahun melakukan perkara itu bersama teman lelakinya, 31 tahun di rumah mereka di sebuah perumahan pangsa di West Bromwich.

“Pasukan perubatan dikejarkan ke rumah tersebut kira-kira 3.49 petang untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Setibanya mereka di sana, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan sudah tidak bermaya.

“Kanak-kanak itu diberikan rawatan pernafasan (CPR) serta-merta dan dilihat mengalami tekanan yang melampau.

“(Dalam masa sama) seorang lelaki yang ditemui di situ tidak berkata apa-apa. Namun usaha menyelamatkannya tidak berjaya apabila kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada pukul 5.05 petang,” maklum Tony.

Menurut kenyataan kes, beberapa kesan dera dikesan di tubuh kanak-kanak itu seperti patah tulang rusuk kiri dan kanan, selain mengalami luka pada hati dan kolon.

Selain itu, beberapa kesan lebam juga ditemui di bahagian paru-paru, kepala, mulut, leher, lengan, dada, perut, belakang badan serta kakinya.

Malah kanak-kanak itu juga dilapor mengalami kesan trauma pada perut yang menyebabkan pendarahan dalaman yang membawa maut, didakwa gara-gara dipukul dengan beberapa pukulan.

“Kedua-dua suspek bertanggungjawab atas penjagaan kanak-kanak itu dan mereka tinggal bersama di sebuah rumah flat yang kecil.

“Kes pendakwaan ini adalah mereka gagal menjaganya dengan baik, mereka kejam terhadapnya dan akhirnya membunuhnya,” tambah Tony.

Difahamkan, perbicaraan kes penderaan kejam tersebut masih berjalan setakat ini.

Sumber: Mirror 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.