Seorang lelaki Bengal maut selepas rakan sekerjanya didakwa mengepam udara ke dalam dirinya melalui dubur dipercayai hanya untuk ‘suka-suka’, lapor India Today.
Mangsa dikatakan merupakan seorang pekerja di sebuah kilang di daerah Hooghly bahagian Bengal Barat.
Dipercayai hanya untuk ‘seronok’, pekerja kilang itu didakwa mengepam udara ke dalam badan rakan sekerja di bahagian duburnya.
Kira-kira 10 hari selepas mendapatkan rawatan di hospital, mangsa telah disahkan meninggal dunia akibat komplikasi baru-baru ini.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 16 November di North Brook Jute Mill yang terletak di daerah Hooghly, Bengal Barat.
Berdasarkan laporan, mangsa pada ketika itu bekerja pada syif malam apabila rakannya sekerjanya menangkapnya, memasukkan satu paip ke dalam duburnya dan mengepam udara ke dalam badannya.
Mangsa pada ketika itu dikatakan cuba menentang, tetapi rakan sekerja tidak mengendahkannya.
Tidak lama selepas itu, kesihatannya mula merosot dan terus dikejarkan ke hospital yang berhampiran.
Pada mulanya, mangsa dibawa ke Hospital Chunchura Imambara di Hooghly dan telah dipindahkan ke hospital swasta selepas mendapati kesihatannya semakin merosot.
Menurut doktor, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar 10 hari selepas kejadian berlaku. Mangsa juga dikatakan mengalami kerosakan hati sepenuhnya akibat tekanan udara dalam badan mangsa.
Selepas kejadian itu, ahli keluarga mangsa dilaporkan telah membuat aduan kepada pihak polis di balai polis Bhadreshwar.
Hasil siasatan mendapati bahawa tertuduh yang melakukan itu merupakan rakan sekerjanya yang bertanggungjawab membersihkan jut di kilang itu dengan pam udara.
Ahli keluarga mangsa juga dikatakan telah menuntut pampasan atas kematian anaknya. Walau bagaimanapun, kilang jut yang merupakan tempat kerja mangsa masih lagi berdiam diri berhubung dengan isu ini.
Sumber : India Today