Siakap Keli
Gambar: via Google

Patutlah Air Laut Rasa Masin, Ternyata Ini Sebabnya

Pernah tak anda tertanya-tanya mengapa air laut itu masin? Sekurang-kurangnya semasa anda kecil mesti perasaan ingin tahu anda itu membuak-buak.

Malah ada juga yang bertelatah semasa ditanyakan soalan mengapa air laut itu masin dan jawapannya mengatakan air masin sebab air kencing ternyata sebenarnya tidak.

Kredit: via Mental Floss

Bagi individu yang gemar mandi laut mesti anda tahu betapa masinnya air laut itu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa air laut itu masin, anda sebenarnya perlu tahu terlebih dahulu dari mana datangnya garam.

Menurut Mental Floss, dari segi kimia garam ialah sebatian yang terdiri daripada dua kumpulan ion bercas yang bertentangan iaitu proton dan elektron.

Secara mudahnya apabila atom mempunyai proton yang lebih banyak ianya dipanggil cas positif manakala jika mempunyai elektron yang lebih banyak ianya membawa cas negatif.

“Garam di lautan bukanlah semata-mata garam natrium klorida sahaja, malah ianya terdapat beberapa jenis garam lain seperti magnesium, dan kalsium yang boleh menyebabkan kemasinan di lautan.” kata Dr. Morgan Raven ahli geokimia organik dan beberapa ahli geobiologi, penolong profesor Sains Bumi di University Of California Santa Barbara.

Banyak garam di lautan dapat mengekalkan kehidupan kerana garam tersebut dimakan oleh haiwan. Tambah Mental Floss lagi, garam di lautan kebanyakannya berasal dari batu.

Hal ini dikatakan demikian kerana, karbon dioksida yang terlarut dalam air hujan menjadikan hujan itu berasid. Oleh itu, apabila hujan turun, ia akan menghakis batu di darat. Mineral daripada batuan ini akan meresap masuk ke dalam sungai dan kemudiannya membawa garam ke lautan.

Hampir 85% ion yang ada di lautan adalah natrium dan klorida manakala magnesium dan sulfat hanyalah sekitar 10%.

Sumber: Mental Floss

Nadhirah