Siakap Keli
Gambar: TikTok @fadhlansaahari

(Video) Modal RM190 Ja, Lelaki DIY Pagar Besi Guna Shera Plank, Terus Nampak Kemas & Mewah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti ada di antara anda yang menginginkan pagar yang cantik dan lawa kan? Tapi tak mahu keluarkan duit beribu ringgit hanya semata-mata nak tukar pagar baru.

Kalau kita pilih untuk ubah suai pagar secara DIY tak semestinya ianya tak berkualiti. Selagi pagar tersebut capai matlamat asal apa salahnya jika kita membuat pilihan yang lebih jimat.

Dalam satu video di akaun TikTok @fadhlansaahari, ada satu perkongsikan DIY paling mudah untuk ubah suai pagar rumah anda dengan kos yang sangat murah.

@fadhlansaahari

@safurararara #sheraPlank

♬ original sound – martinasaduk08 – Tinaaa

@fadhlansaahari

@safurararara #sheraplank

♬ STAY (Kid LAROI & Justin Bieber) Rock – Benjix

Pemilik akaun ada berkongsikan mengenai kos untuk menghasilkan DIY pagar tersebut. Satu papan shera berharga sekitar RM17.50, dan pemilik telah membeli sebanyak 10 keping tetapi dipotong dua.

Gambar: TikTok @fadhlansaahari

Jika hendak dibandingkan dengan harga pagar baru mahu capai ribuan ringgit. Bagi pagar DIY ini, menurut pemilik sekitar RM190 sahaja yang diperlukan.

Gambar: TikTok @fadhlansaahari
@fadhlansaahari

@safurararara #sheraplayingwithmyhand

♬ High Fashion (feat. Mustard) – Roddy Ricch

Kalau korang berminat dan nak cuba buat macam lelaki ini, korang hanya perlukan empat jenis barang ini sahaja. Itupun kalau korang mempunyai jenis pagar yang sama atau yang berlainan namun bersesuaian dengan konsep DIY ini.

1. Shera plank dengan ketebalan 8mm, lebar 6 inci dan panjang 10 kaki.

2. Skrew besi saiz 1.5 inci.

3. Drill.

4. Cat.

@fadhlansaahari

♬ Solo – Clean Bandit,Demi Lovato

Bukan itu sahaja, dia turut berkongsikan yang dia hanya memerlukan masa tiga jam sahaja untuk menyiapkan pagar tersebut. Tetapi jika ianya memerlukan untuk dicat mungkin agak sedikit lama.

Gambar: TikTok @fadhlansaahari

Tambahnya lagi, shera plank ini akan tahan panas kerana mempunyai campuran simen dan juga fiber.

Gambar: TikTok @fadhlansaahari

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan perkongsian bermakna itu.

Gambar: TikTok @fadhlansaahari
Gambar: TikTok @fadhlansaahari

Sumber: TikTok @fadhlansaahari

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.