Perkara berkaitan mistik yang kadangkala terjadi di sekeliling kita sememangnya boleh menimbulkan rasa seram. Gangguan berupa bunyi pun sudah cukup meremangkan bulu roma, apatah lagi jika ianya tiba-tiba muncul depan mata.
Lebih menakutkan, apabila terdapat bukti yang jelas seperti rakaman video yang menampakkan kewujudan entiti misteri.
Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Instagram misteriduadunia, kelihatan sekumpulan anak muda sedang dalam perjalanan menuruni gunung. Rakaman itu pada mulanya hanya biasa sahaja sehinggalah kamera berjaya merakam seakan satu sosok putih ketika menuruni gunung tersebut.
Agak mengejutkan apabila rakaman video tersebut sempat merakam penampakan sosok putih itu pada waktu itu. Paparan video itu telah dikongsikan dan mengundang rasa seram bagi sesiapa yang melihatnya.
“Ada yang nampak?”
View this post on Instagram
Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya ‘kelibat putih’ yang berjaya dirakam kamera tersebut. Walau bagaimanapun, rakaman tersebut telah mengundang rasa seram bagi sesiapa yang melihatnya.
Sumber : misteriduadunia