Siakap Keli
Gambar : via Daily Star

“Jatuh Seperti Hujan,” Misteri, Ratusan Burung Mati Bergelimpangan Berdekatan Hospital Timbul Tanda Tanya

Misteri, satu kejadian aneh telah berlaku apabila 200 ekor burung ‘jatuh seperti hujan’ di luar kawasan sebuah hospital di Sepanyol, lapor Daily Star.

Kejadian aneh itu dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi pada 26 November lalu di Ferrol, barat laut Sepanyol.

Media tempatan melaporkan bahawa burung jalak yang mati terjatuh dan melanggar kad serta pejalan kaki di luar kawasan hospital berkenaan.

Pihak polis memaklumkan bahawa mereka sudah mengesahkan tiada sesiapa yang tercedera semasa kejadian itu berlaku.

Presiden penduduk tempatan berkata semasa ditemu bual, burung-burung itu keluar dari celahan pokok berhampiran kawasan kecemasan hospital dan terbang beberapa meter sebelum terjunam ke kaki lima.

Gambar : via Daily Star

“Burung-burung itu telah dikumpulkan dan kami kini sedang menunggu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku,” jelasnya.

“Kami telah diberitahu ia tidak akan mudah.”

Dua daripada ratusan ekor burung yang mati itu didakwa telah diambil oleh agensi alam sekitar untuk disiasat.

Berdasarkan laporan Daily Star, Majlis Bandaraya Ferrol juga dikatakan turut menyertai siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian ini berlaku.

Gambar : via Daily Star

Kejadian yang sama juga turut dilaporkan pernah terjadi pada awal tahun ini di mana ratusan burung terjatuh dari langit akibat bahan kimia toksik yang dilepaskan daripada loji petrokimia di kawasan Tarragona.

Menurut laporan, punca yang menyebabkan kejadian ini berlaku dikatakan masih lagi kurang jelas. Malah, terdapat satu khabar angin menerusi media tempatan mendakwa bahawa berkemungkinan burung-burung tersebut terkena renjatan elektrik pada tiang elektirik berhampiran.

Selain itu, kawasan hospital itu juga dikatakan terletak hanya di pinggir sungai Ria de Ferrol dan berhampiran dengan sebuah universiti, pasar raya dan kawasan metropolitan. Namun, tiada sebarang laporan mengenai pelepasan bahan kimia berbahaya ke langit, berdasarkan carian di Peta Google.

Sumber : Daily Star

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.