Siakap Keli
Gambar: KKM/Bernama

TERKINI: Pelancong Gelembung Pelancongan Langkawi Dari Negara Berisiko Perlu Jalani Ujian Pengesanan COVID-19 Tambahan – Khairy

Pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi ke Gelembung Pelancongan Langkawi perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 tambahan, iaitu pada hari ketiga dan hari kelima dari tarikh ketibaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jenis ujian saringan COVID-19 yang perlu dijalankan adalah RTK-Ag secara professional.

Dalam pada itu, pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipakaikan peranti pengesan (digital tracker device).

Jelasnya, peranti tersebut akan dipakaikan sepanjang tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian iaitu kuarantin.

“Manakala Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Singapura diteruskan buat masa ini. Sekatan perjalanan sementara terhadap lapan negara yang dikenal pasti sebelum ini dikekalkan,” tambahnya.

Khairy memaklumkan strategi sedemikian berikutan kes pertama varian terbaharu, Omicron telah dikesan di negara ini melibatkan seorang individu berusia 19 tahun yang baru pulang dari Afrika Selatan.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.