Seorang lelaki Australia berjaya mencipta rekod dunia dengan menghasilkan bunyi sendawa paling kuat, lapor The Mirror.
Neville Sharp dari Darwin, Australia itu telah menjadi pemegang rekod terbaharu dan merangkul kejuaraan dengan menghasilkan bunyi sendawa sekuat 112.4 db.
Berdasarkan laporan, pemecah rekod sebelum ini, Paull Hunn, Britain, telah mencatatkan rekod lama 109.9db sejak 12 tahun lalu.

Menurutnya, dia perlu menewaskan seorang lelaki Inggeris sebelum siri Ashes bermula telah memberi inspirasi kepadanya untuk meraih kemenangan.
Dengan kekuatan bunyi mencecah 112.4 db dan disamakan seperti bunyi gerudi elektrik atau trombon, Rekod Dunia Guiness secara rasminya telah mengesahkan penyertaan terbarunya pada hari Selasa lalu.

“Neville Sharp telah berjaya merekodkan bunyi sendawa paling kuat dan telah memecahkan rekod lama yang kekal lebih sedekad lalu,” jelas pihak Rekod Dunia Guiness.
“Sendawa yang dicatatkan adalah berjumlah 112.4 db di Darwin, Wilayah Utara, Australia pada 29 Julai 2021.”
Seperti kanak-kanak yang lain, dia memaklumkan bahawa dia telah diajar oleh kakaknya bagaimana untuk sendawa dan telah mengasah kemahiran itu sejak berusia enam tahun lagi.
Jelasnya lagi, kejayaannya juga adalah disebabkan isterinya, KP, yang telah melatih Neville selama lebih daripada sepuluh tahun.
Kata Neville, halangan terbesar yang dihadapi adalah untuk mendapatlkan semua peralatan yang diperlukan bagi mengukur bunyi sendawa itu dengan tepat.
Namun, dia berjaya merekodkan percubaannya di dalam studio akustik untuk mendapatkan ketetapan bacaan desibel(db) bunyi tersebut.
“Alasan saya cuba memecahkan rekod ini adalah untuk menjadi pemegang rekod dunia. Dan alasan kedua adalah kerana rekod dunia telah dipegang oleh lelaki Inggeris selama lebih 10 tahun!” guraunya.
@guinnessworldrecords Loudest burp (male) 🗣 112.4 db by Neville Sharp 🇦🇺
♬ WALTZ THE HAPPY CURMUDGEON – Pedro Jos├⌐ Bern├írdez Sarr├¡a
Sumber : The Mirror